PAYAH

Hidup ini memang payah
Kalau tak payah,
payah juga
Jatuh pun payah,
Nak bangkit pun payah,
Dah bangkit pun payah.
Hidup payah itu biasa
Kalau tak biasa,
lagi payah.
Buat biasa pun payah,
Dah biasa pun payah.
Jadi biasa pun payah,
luar biasa lagi payah.
Hidup payah ini,
hanya di dunia.
Dunia ini sementara.
Payah pun sementara.
Nak gembira sangat pun tak payah.
Nak sombong sangat lagi tak payah.
Nak sedih memang dah susah payah.
Payah payah,sabar dan bertabahlah,
nanti ada ganjaran besar
di akhirat sana.

IBN MUKHTAR
11 Mac 2015