Kerja Kita

Kerja Kita
-------------------------
Ketika Musa a.s meminta mereka masuk ke tanah itu

Mereka enggan kerana takut dengan bangsa di situ
--------------------------
Kini mereka dan penjajah zionis menzalimi secara keras

Masuklah, dan pertahankan hak saudaramu yang dirampas!
-----------------------------------
Kita enggan, walau bilangan kita 1 billion di dunia

Benar kita umpama buih di lautan yang sia-sia
----------------------------------------
Tatkala mereka musuh membina senjata-senjata

Kita terliur menjadi pembeli paling bangga
----------------------------------------
Kita bertelagah sesama kita merebut kuasa

Senjata musuh itulah kita guna bunuh saudara kita
---------------------------------------
Lihatlah apa jadi pada umat yang patut jadi khalifah

Kita dilalai dengan hiburan-hiburan sampah
----------------------------------------
Malah anak-anak kita tidak melihat ilmu sebagai amanah

Mereka hanya mahu ilmu untuk bangga, kerja dan kaya tanpa hidayah
----------------------------------------
Ketika buntu penyelidikan apa, kajian apa dapat digerak

Kita lupa teknologi pertahan umat itu sangat mendesak
-----------------------------------
Kita bukan bina senjata bagi menghancur dan memusnah

Kita bina senjata yang menghindar kezaliman lebih parah
------------------------------------
Pada manusia, pokok-pokok, bangunan, segala kemudahan

Dengan teknologi kita cuba pertahankan
-----------------------------------
Berdekad lamanya ilmu islam dan dunia, ulama kembang

Buat membina tamadun untuk memimpin manusia gemilang
---------------------------------------
Tapi selepas penjajahan, pecahan negara bangsa berlaku

Di mana kita sekarang wahai umatku?
----------------------------------------
Di mana?

Di mana?

Di mana umatku?

Kita masih berteleku di muka buku, berseteru, membazir waktu
----------------------------------------
Ini Kerja Kita, satu orang buat satu

Jadi pakar hingga upaya bina pertahanan umat yang maju
----------------------------------------
Teroka ilmu sebanyaknya wahai umatku

Hala tuju kita tegak islam pertahan umat bawa manusia pada Yang Satu

Allahu.
----------------------------------------

ibn mukhtar
21 Disember 2017