puisi hamba jelma lagi


kenang hari-hari berlalu puisi sudah
ku dakap puisi baru untuk jelma lagi
ku karang hati-hati tentang jiwa-jiwa
jiwa-jiwa ini yang mencari cahaya Ilahi

puisi hamba jelma lagi
bukan untuk tatapan mata insani
bukan untuk meminta sayang kasih atau simpati
bukan untuk dibaca jiwa yang membanding nilai diri

puisi hamba jelma lagi
adalah untuk menjelmakan sifat kehambaanku
adalah untuk meluahkan rasa membesarkanMu
Dia Tuhan,Dia Allah
aku malu atas dosa-dosaku yang telah lalu

puisi hamba jelma lagi
tidak lain cuma jelmaan rangkap doa hatiku
tidak lain cuma pengharapan buat ampunanMu
tidak lain untuk memohon diperkuatkan hati nurani ini.

puisi hamba jelma lagi
hamba ini hambaMu
tiada lain hidup ini,hanya menjadi abidMu
biarlah puisi ini jadi semboyan
meniupkan semangat untuk berjuang di jalanMu
bekerja untukMu
hidup demiMu
Kau Tuhanku, Kau lah Allah
Tiada Tuhan melainkan Engkau
perkukuhkan hatiku.
ameen.

IBN MUKHTAR
(9 oktober 2006-16 Ramadhan 1427H)

No comments: