(tiada tajuk)



aku tak perlu keluarga yang megah
tidak perlu isi rumah yang mewah
tidak perlu harta yang melimpah ruah
andai semuanya hasil gelojoh, tipu, rasuah dan ghairah
andai tiada yang dapat melupuskan nafsu amarah
kerana aku cuma mahu redha Allah

biar aku anak orang miskin yang susah
bapaku tidak berkasut, berselipar menoreh getah
ibu ku menebas dan membuat atap nipah
biar aku duduk di teratak usang pusaka sejarah
namun kami tahu berusaha tanpa meminta sedekah

biar aku pergi belajar ke sekolah
berjalan kaki di tanah merah
aku tak kacau orang,orang pun tak marah
aku membawa beg plastik mengisi buku bukan majalah
buat menelaah di bumi ilmu bertuah

biar wang kosong di kocek,tapi imanku bertambah
walau solat tanpa mampu beli sejadah
aku sujud ke tanah memohon rahmah dan barakah
apa lagi yang utama di dunia selain redha Allah?

aku tahu aku susah maka aku usaha dan tabah
aku tahu keluargaku orang desa dan lembah
bukan orang bandar yang gagah-gagah
di desa dan lembah itu kami bermujahadah
bekerja berpeluh keringat berjuang berhijrah
hijrah dari kehinaan kepada kemuliaan di sisi Allah

jika kau generasi muda dapat lihat,bukannya mudah
di dunia kita bukan mahu hidup lalai tak tentu arah
bukan nak jadi mayat penagih dadah
bukan nak jadi bodoh merempit sampai tulang patah
bukan nak bercinta bergaul bebas sampai hilang maruah
apa kau semua tak yakin dan percaya pada Allah?
dosa atas maksiat itu azabnya amatlah parah
tidakkah kau semua lupa pesanan Rasulullah?
berpeganglah kita kepada al quran dan as sunnah

wahai insan-insan muda belia bermuhasabahlah
kembalilah ke jalan yang Allah perintah
jauhkanlah dari jalan yang Allah tegah
kelak nanti kita tak akan menyesal tak sudah
atas diri yang penuh noda dan dosa,ke neraka kita diarah

nauzubillah..

IBN MUKHTAR
(1 disember 2006-10 zulkaedah 1427)

No comments: