malu tudung itu

mengapa malu tudung itu
kau malu atau tak mahu
aku tahu kau tahu
rambutmu yang bubuh ungu itu
tak dapat tidak
adalah yang paling dungu

mengapa malu tudung itu
kau campak ke tilam tidurmu
kau renyuk masuk almari baju
lepas sekolah kau togel kepalamu
kau bubuh syampoo
tapi bau sampah yang aku bau
kau tahu aku tahu
rambutmu banyak kutu

mengapa malu tudung itu
kau kata jika pakai kepalamu menggerutu
maka timbul rasa gatal menggaru-garu
tapi bila kau tak pakai tudung itu
kau masih gatal semahu-mahu
bila kau garu aku nampak hantu
menggerbang macam nak makan aku

kau kata kau ayu tanpa tudung itu
kau sisir rambutmu kemas ke bahu
kau senyum cheese dan aku tangkap gambarmu
tapi aku tahu kau tahu
gambar itu merakam satu maksiat pada Tuhanmu
kerana melanggar syariat tidak tutup auratmu
kau suruh aku simpan gambar itu
aku senyum malu-malu
lalu aku conteng gambar itu tutup auratmu
kau jerit melolong penat kau control ayu
tapi kau tahu aku tahu
malaikat rekod amalanmu
kelak di padang mahsyar kau tonton dengan pilu
mengapa tidak kau tutup auratmu
dengan tudung itu

aku kirimkan gambarmu bertudung itu
minta kau perhati betul-betul wajahmu
apakah ada cacat dan cela bila kau pakai tudung itu
bukankah perhiasanmu terpelihara kemas dalam tudung itu
Allah juga memelihara hambaNya yang punya rasa malu
dari memperlihatkan aurat dan berbuat maksiat
aku tahu kau tahu
kau bertudung lebih ayu
baru kelihatan kesopanan perempuan melayu

tapi hari ini aku malu dengan tudung itu
bukan kerna kau campakkannya seperti dulu
tapi kerana kau bertudung sambil perlihatkan pusatmu
apakah erti kau bertudung itu?
andai kau pakai baju ketat adikmu
tonjol dada tonjol pusat pada aku
aku tahu kau tahu
tudung itu sangat malu denganmu

IBN MUKHTAR
(31 JANUARI 2007)

4 comments:

ruqayya said...

Like it!!! ;)
Puisi MFR punya ka? Nak minta cilok boleh????

:)

muhammad fakhrul razi said...

boleh... beza karya saya dengan karya orang lain ialah.. karya saya diizinkan dicilok, ditiru, disalin, diapakan saja...

cuma jgn disumbat dalam kancah maksiat.

karya saya lebih disukai dikritik dan dikutuk.

Anonymous said...

menarik!

boleh saya copy-paste karya2 kat sini?

mfrstudio said...

karya mfr ibn mukhtar percuma 200% tanpa apa-apa hak cipta.

terima kasih