masa itu roda, hidup itu jalan

mereka berkata hidup itu umpama roda
sekejap kita di atas
sekejap kita di bawah
namun hidup tidak berputar
masa lah yang berputar
maka masa itulah roda
dan hidup itu jalannya

siang dan malam silih berganti
hari,minggu, bulan dan tahun berulang-ulang
musim bunga,panas,luruh dan sejuk juga berputar
dalam putaran itu masa berjalan atas kehidupan

dunia ini hidup maka pasti punya matinya
akhir riwayat dunia dipanggil kiamat
akhir riwayat manusia dipanggil ajal
tibanya ajal maka jalan hidup manusia tamat
setiap garis mula pasti ada garis penamat
maka melepasi garis penamat itu, kemenangan apakah yang kau cari?

ada yang berkata hidup satu perlumbaan
namun kau tidak berlumba dengan sesiapa
kerana setiap manusia punya jalan-jalan yang telah ditetapkan
ketetapan jalan itu dipanggil takdir

kau tidak akan dapat mengubah jodohmu
rezekimu,dan ajalmu
oleh itu, apakah yang kau cari lagi di dunia ini?
apa yang kau bimbang lagi di dunia ini?
apa yang kau resah lagi di dunia ini?
apa lagi yang kau harus usahakan lagi di dunia ini?
jika kau mengetahui akan kejayaan agung itu redha Allah
maka kau akan membekalkan amal soleh yang banyak di dunia
kerana beramal soleh saja mampu meraih redha Allah
mampu capai iman, mampu capai taqwa,

demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh
yang menasihati akan kebenaran
yang menasihati akan kesabaran

IBNMUKHTAR
(15 Januari 2007)

2 comments:

Dhamirah Sakinah said...

suatu puisi yang menyedarkan saya.
Terima kasih tapi kita seringkali terlupa yang masa itu roda, hidup ini ada matinya.
Puisi-puisi yang saudara karang agak baik dan mempunyai maksud yang mendalam.

Ps- boleh saya letak puisi ini di dalam blog saya?

mfrstudio said...

silakan. puisi di sini semuanya percuma 200% tanpa hak cipta