SI BOIKOT BADUT

kisah boikot batu talam
kisah ada badut-badut menjadi dalang
kisah talam-talam muka yang bermuka-muka
kisah batu-batu hati yang berhati batu

ini kisah ada watak ada cerita
ini kisah ada badut yang mahu buat tawa
ini kisah BN, BA PAS-PKR, SPR, demokrasi dan badut

mula-mula kita kisahkan badut yang berfikir
akan boikot yang membawa untung
mereka kata kalau berjaya
bukti BN adalah badut itu
serta SPR yang badut juga
maka demokrasi malaysia adalah badut
maka mereka boikot
boikot mereka kata bukti mereka tidak percaya
boikot mereka kata bukti SPR tak boleh dipercaya
boikot mereka kata BN penipu berjaya
boikot mereka kata demokrasi malaysia dah tak ada

lalu BN kata mereka bacul boikot di tempat mereka pasti kalah
mengapa tidak boikot saja di PRK di masa lalu
di kubu kuat tidak mahu boikot
di kubu lemah mahu tunjuk gagah berani boikot
lalu PAS-PKR kata BN sudah ketar lutut
sudah mahu jadi badut

lalu muncul chee pang
satu nama buat pengimbang dan pemberi jawapan
untuk rakyat mengenali badut mana yang berjaya
chee pang anak DAP
DAP tak mengaku anak
chee pang mengaku dia mahu jadi badut
sudah tahu akan kalah
bapanya mahu ekonomi batu talam meningkat
atas faktor orang ramai bertumpu jika ada pertandingan
chee pang mahu BN menabur janji
jika tak dilawan BN tidak akan adakan janji
badut buka cerita sebelum bertanding lagi

maka kini batu talam menang pada BN
BN kerahkan jentera sebanyak mungkin
menghadapi chee pang yang didakwa hingusan
PAS-PKR kata BN sudah bacul jadi kerahkan semua tenaga
BN kata mereka tetap bekerja seperti biasa dalam mana-mana pilihanraya

apa akan jadi jika BN tidak kerahkan tenaga
walaupun hadapi chee pang
Pastinya ada badut akan kata
lihatlah dunia, BN adalah badut
BN hanya menabur janji dan bekerja keras
jika mereka hadapi saingan
itu bukti mereka bermanis mulut sahaja

oleh itu badut tidak bersuara akan hal itu
maka badut berkata
lihatlah dunia, BN adalah badut
pilihanraya satu helah
SPR adalah badut
demokrasi malaysia sudah jadi persembahan sarkas
ada banyak pengundi hantu
chee pang itu budak suruhan BN

Lalu Pas-PKR turun padang bawa pemimpin besar
BN ketawa dan berkata
lihatlah dunia, PAS-PKR badut
sudah boikot tapi datang berkempen jua
nampak sangat boikot tidak ikhlas
maka PAS-PKR membalas
lihatlah badut BN bersuara
PAS-PKR bukan datang berkempen
tak kempen tapi tak halang orang boikot mengundi
tak kempen tapi tak kisah jika ada orang mengundi chee pang
tak kempen tapi harap chee pang tak hilang wang pertaruhan
tak kempen dan suruh orang koyak kertas undi
boikot boikot batu talam
boikot boikot punya cerita

sekarang batu talam sudah habis cerita
BN menang 6000 lebih undi
peratus mengundi turun 67%
SPR bagi maklumat
Bernama keluar cerita

sekarang mari lihat siapa yang kena

BN punya badut ketawa gembira
lihatlah dunia, demokrasi berjalan jaya
walaupun sedikit kecewa
peratus mengundi jatuh juga

PAS-PKR punya badut juga ketawa
lihatlah dunia, PAS-PKR dah berjaya
kan aku dah kata boikot mesti berjaya
lihatlah dunia, peratus mengundi menurun
lihatlah dunia, bilangan undi rosak meningkat
lihatlah dunia boikot dah berjaya
lihatlah dunia PAS-PKR dah tunjuk belangnya
lihatlah dunia, BN dan SPR pasti berubah selepas ini

memang lawak badut semua itu
kalau kau kata SPR tu badut yang kau ketawa merujuk angka dia buat apa
kalau kau boikot awal dulu, kau kata SPR tu badut buatan badut BN
yang kau sorak gembira kata peratus undi dan undi rosak itu buat apa
mana dia demokrasi badut yang kau laungkan
atau kau terlupa yang kau patut sorok kebadutan kau

kau rujuk badut juga rupanya
patutlah semua pun jadi badut
tak tahu rakyat semua nampak kebadutan semua

jika BN yang menang tak tunai janji
maka BN badut yang berjaya menabur janji
jika PAS-PKR tak mahu boikot PRU
pastilah boikot batu talam persembahan badut paling berjaya
buat parti pembangkang
dan tak lupa pada chee pang

IBN MUKHTAR
(29 Januari 2007)

8 comments:

muhammad fakhrul razi said...

kini PKR-PAS hanya ada satu saja pilihan terbaik iaitu boikot PRU. jika tak boikot PRU maka boikot batu talam akan terbukti sandiwara politik.

jika PAS-PKR boikot PRU, maka media asing akan mendedahkan malaysia sebuah negara tak demokrasi. amerika akan ambik kesempatan tuk campur tgn.

ini memenuhi kehendak anwar ibrahim yg selama ini sering berusaha membuka mata dunia barat terutama amerika bahawa malaysia bukan negara yg mengamalkan demokrasi secara jujur.

BN pula ada dua pilihan terbaik bg membersihkan imejnya. pertama, buat perubahan pd peraturan pilihanraya supaya lebih telus,dan mengadakan PRU selepas april 2008.

jika BN buat perubahan pd peraturan pilihanraya walopun menang di batu talam, bermakna BN telus dan berani kerana benar.

dua, jika BN buat pilihanraya selepas april 2008 maka ini akan buat PKR-PAS berbelah bahagi tuk boikot PRU kerana selepas april 2008, anwar ibrahim sudah bole bertanding.

akhirnya setiap tindakan PKR-PAS dan BN kali ini bukan suatu tindakan yg mudah dan perlu berhati2 supaya rakyat tidak akan nampak politikusarap mereka.

Hamka said...

kasihan ummat menderita..., (aku tak maksudkan engkau razi)

muhammad fakhrul razi said...

aku harap berhentilah buat kenyataan kelakar pasal boikot mcm kenyataan GERAK ni klik

hangpa masa boikot, hangpa kata hangpa tak percaya kat SPR, yg hangpa merujuk angka SPR tu apahal, malah menjadikan angka-angka tu sbg bukti kejayaan boikot hangpa.

nak boikot, boikot lah betul2. dah hangpa kata SPR tak bole percaya, pilihanraya tak adil, maka semua angka SPR adalah tak adil lah. bukan ka tu sebab hangpa boikot pun kan.

satu ja pilihan hangpa ada sekarang. iaitu boikot pilihnraya umum nanti. dgn kata lain tak join politik. lpas tu amerika akan campur tgn kat malaysia, dan amerika akan tuduh mlsia tak amalkn demokrasi

terlajak perahu bole diundur terlajak buat pandai2 la hangpa

belajarlah dari sejarah, apa akan jd pada negara bila ada campur tgn asing.. nampak gaya kena bangkit balik pejuang anti penjajah dulu.

hamka said...

bercakap atau berdebat dengan golongan politik yang berselindung di sebalik so call islamic, adalah satu penghinaan bagi kebijaksanaan aku!

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh) - Usaha Barisan Alternatif memboikot dalam pilihan raya kecil Batu Talam yang berlangsung semalam berjaya mempengaruhi peratusan pengundi yang keluar mengundi.

Walaupun rakyat mengetahui Barisan Nasional menang majoriti besar 5,857 undi, ianya bukanlah perkara yang mengejutkan khusunya kepada barisan pembangkang.

Ini kerana, menurut Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli, pilihan raya kecil itu tidak nampak wujudnya persaingan dengan mana-mana parti pembangkang.

Jelasnya, peratusan keluar mengundi di DUN N06 itu adalah menurun dan ia merupakan pertama kali dalam sejarah pilihan raya kecil daripada pilihan raya umum.

Selain itu katanya, pertambahan jumlah undi rosak sebanyak 385 kali ini jelas membuktikan pengundi di kawasan itu turut sama menyokong usaha memboikot oleh pembangkang.

"Ini jelas, masyarakat Batu Talam turut menyatakan boikot apabila jumlah undi menurun, bahkan inilah satu-satunya pilihan raya yang mana jumlah pengundi berkurang, usaha kita berkesan,"katanya ketika dihubungi.

Hatta juga mengakui, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh buat apa sahaja ketika proses mengundi memandangkan tidak ada pengawasan daripada pemerhati bebas dan 'polling agent' daripada wakil pembangkang.

Justeru katanya, kejayaan memboikot di kawasan mengundi di luar bandar seperti Batu Talam menggambarkan keberanian rakyat menentang ketidakadilan SPR.

Seramai 7,080 daripada 10,511 pengundi atau 67.32 peratus yang keluar mengundi di DUN Batu Talam semalam.

Sebanyak 385 undi rosak dicatatkan manakala lima kertas undi tidak dikembalikan.

muhammad fakhrul razi said...

PAS akan bokot PRU
datuk husam musa menjelaskan pendiriannya.

jika kerajaan tak bertindak merombak SPR maka PAS mestilah berpegang pada kata2 datuk husam musa ini iaitu boikot pilihanraya umum. dan sbnarnya itu saja pun jalan yg ada buat PAS supaya tak jd badut.

dan jika kerajaan rombak SPR dan PAS tak boikot, bermakna pilihanraya dah telus. jika BN menang lagi maka PAS tak lg bole pertikai SPR dan xde lg tohmahan pd SPR spt selalu.

maka isu kelemahan BN akan hanya jd isu untuk membaiki BN bukan lagi menentang BN.

kemungkinan warga PAS yg bukan politikusarap dijangka sertai BN untuk misi membaiki BN dan tinggallah politikusarap saja yg masih menagih tuk menumbang kerajaan dan lantik diri jd pemimpin.

jika BN tak rombak SPR dan SPR dibiarkan sebegitu saja maka pembangkang akan boikot PRU dan beberapa politikusarap yg jahil akan memanggil amerika dan org luar tuk campur tgn.

surat kaba asing akan kutuk malaysia sbb takde demokrasi. singapore akan ambik kesempatan.

mase tu PAS diberi pilihan, samaada bersama rakyat menentang campur tgn asing atau menyokong politikusarap bersekongkol dgn org asing.

skali lg warga PAS yg bukan politikusarap akan hanya ada pilihan bersama BN yg menang pilihanraya sbb pembangkang dah boikot tuk lawan campur tgn asing.

maka samaada PAS boikot atau tak, kedua-duanya akan membuka peluang pada rakyat utk melihat mana satu org PAS yg berjuang demi agama dan mana satu politikusarap.

sangat menarik.

muhammad fakhrul razi said...

PAS sedia untuk tidak mahu jadi badut dengan bersedia memboikot PRU.

DAP tak mahu dikaitkan dgn sebarang usaha badut memboikot.

PKR terlalu awal untuk menentukan mahu jadi badut atau tidak.

baca

menarik dan akan terus menarik.

muhammad fakhrul razi said...

PAS belum tentu boikot PRU rpanya.

klik