aku si bakal mayat yang hina

hina manusia kerna amalannya
hina amalan kerna hatinya
aku hanya si bakal mayat yang hina
andai aku terus persembah dusta
persembah kepura-puraan
persembah perjuangan buat sorakan manusia
jadilah aku si mayat yang hina

aku hidup untuk sebuah kematian
menjadi mayat yang hina
adalah kematian yang tersangat seksa
lalu mengharapnya aku
bila mati nanti dalam rahmatNya

hidup bersama sahabat alangkah indahnya
hidup berukhuwah alangkah indahnya
namun jika usaha menegur
dianggap debat , ukhuwah pun luntur
kerana itu selalulah bersangka baik akan teguran
itulah kasih sayang seorang sahabat
kasih sayang seorang saudara
bukan mengharap sebarang pujian
cuma mahu menyelamat insan dari keterujaan
kerna telah tercatit bermacam kesalahan
atas faktor teruja pada perjuangan tak ke mana

aku hidup pada pengharapan
mengharap satu-satunya keredhaan
andai manusia tidak redha padaku
berkawan dengan aku dikatakan satu kesilapan
maka pergilah, pergilah dikau dalam duniamu keterujaan
bukan harapanku keredhaan insan
aku berjuang menyeru kebenaran
menyeru atas satu perancangan
menyeru menyusun barisan
hanya untuk keredhaan Allah Tuhanku Tuhanmu

andai aku bersendiri dalam perjuangan
tatkala orang lain menuju jalan persengketaan
aku akan terus berlari menuju impian
walau aku berlari berseorangan
atas keyakinanku perjuangan mesti diteruskan
kerna impian bukan keduniaan
tetapi satu kematian
hanya ada satu kematian
supaya kematian itu gemilang
supaya kematian itu dalam keredhaan

IBN MUKHTAR
(4 Februari 2007)

1 comment:

ruqayya_ali said...

hati mcm terluka sebenar je ibn mukhtar ni..

"ya ibnayya la taghmir wala tahzan innallah ma'ana.." :)