bumi yang damai

di tanah kecil semenanjung dunia dan borneo
berdirilah wilayah sang bumi kita
ini bumi kita, yang mahu damai

di balik lautan dan gunung ganang itu
memang ada karut dan marut yang bertempa
dan di bumi kita juga
ada saudara alam si gergasi dan bumi hijau sengketa

si gergasi dikatakan bertempik
tiap kali bumi hijau mengkritik
namun tatkala aku si kerdil serangga
menegur pada si gergasi mahupun bumi hijau
dua-dua melompat marah
kerana rasa diri cukup gah

hakikat alam jika mereka menyedari
bumi ini akan aman dan damai
jika gergasi tunduk merendah diri
dan bumi hijau tawadhuk insaf diri
maka layaklah kita sekata
walaupun aku hanya serangga yang hina

soalnya kita mahu damaikan bumi kita
tapi tiap kali kalian sengketa
yang mati dipijak gergasi adalah serangga
yang mati dihempas bumi hijau adalah serangga
tidak penatkah kalian terus sengketa
padahal ada cara
untuk kita damaikan bumi kita
bincang dan bersatulah!

IBN MUKHTAR
(8 Februari 2007)

No comments: