indahnya jadi solehah

dulu itu kisah yang dulu
kau dipikat oleh sepasang mata jantan
jantan itu yang menutur bicara manis
jantan itu yang menjanjikan setia
jantan itu yang sanggup berkorban apa saja

ya, kau lihat bukti pada dirinya
semakin kau rajuk untuk menguji
semakin kau lihat dia teguh memberi
beri kasih dan perhatian yang kau perlukan itu

tatkala itu hati kau mahu cinta
kau tagih pada dia cinta tagih kasih
akhirnya perlahan-lahan malu kau tiada
perlahan-lahan kau duduk berdua terasa bahagia
perlahan-lahan kau mahu bersunyi-sunyian

pada masa itu si jantan mula merenung
mula menyentuh jari jemari
mula mencurah pandangan sayu dan rayu
kau tenggelam
kau berahi
yang ada cuma nafas-nafas neraka menghembus
pada masa itu kau tidak kisah dijilat
dipeluk dan diikat
diraba dan dirapat
ada aksi-aksi curang yang bangsat keparat kau buat

ya, itu bukan pinta mu
ya, itu bukan rancanganmu
ya, kau tidak sengaja
ya, kau lemah dan diperguna

dan kini, bukan jantan itu yang melamarmu
mula konflik melanda dan kau mula takut segala
si jantan mula melupa dan mencari yang lebih dara
kau berontak, tapi takut kerna diri telah dirasa
kau tidak percaya lagi pada si jantan itu
tapi kau mahu dia mengambil tanggungjawabnya

tapi tanggungjawab apa yang kau tuntut dari si perkosa
kesedaran apa kau cari pada jantan yang tiada agama
dia bukan jantan biasa dia pengikut nafsu dan syaitan yang berjaya
berjaya noda berjaya gila
dia si jantan bangsat tapi kau dekat

kini mula kau sedar untuk jadi solehah
kini baru kau sedar betapa penting menjaga maruah
kini baru kau sedar betapa dirimu
tidak dapat beri yang pertama pada suamimu

kau mula menangis dan menangis
rasa diri begitu kerdil dan berdosa
sedangkan suami mu ikhlas mencari isteri suci
sedangkan suamimu lelaki yang menjaga diri
kau mula keliru
apa patut kau berusaha jadi solehah
atau humbankan saja diri terus tak bermaruah

jangan wahai isteri jangan
lupakan kejahatan lupakan kesilapan
lenyapkan segala ingatan yang menjadi aib itu
mulakan kebaikan mulakan harap keampunan
suamimu kasih dirimu kerana Allah
kita bina kehidupan yang lebih berharapan

kau mula berpesan pada saudara perempuanmu yang lain
jangan kita terpedaya dan jagalah agama
jangan kita kata tidak apa untuk berdua-dua
untuk diraba dan dirasa
kerna itu bukan sifat lelaki yang bakal menjadi suami
itu sifat lelaki perkosa lelaki durjana
tinggallah semua hal gila itu wahai saudari
kasihanilah bakal suamimu yang lebih layak mendapat yang pertama

carilah carilah jalan yang suci
dan bila sudah tenggelam dalam noda
jangan teruskan dan kembalilah solehah
jangan malu depan Tuhanmu untuk bertaubat
ada jalan ada cara untuk diampunkan
kembalilah solehah kembalilah solehah
jangan tertipu dengan lelaki durjana
jangan tertipu dengan lelaki durjana
larilah larilah dari mereka
datanglah datanglah pada pangkuan keredhaan Tuhanmu

IBN MUKHTAR
(10 Februari 2007)

4 comments:

ruqayya said...

saya suka.. :D

muhammad fakhrul razi said...

selalulah nasihat kawan-kawan pompuan... jgn tenggelam dalam cinta.. jauhi kapel.. jauhi budaya berdua-duaan.. jauhi maksiat.. bila dah terjebak cepat-cepat taubat.. nasihatlah kwn-kwn pompuan.. jagalah saudara pompuan kita..

Anonymous said...

Puisi yang mententeramkan dan penuh dengan peringatan dan nasihat. Terima kasih kerana berkongsi.

Anonymous said...

MOHON CILOK UTK DIKONGSI