muslim bersatu

aku lihat kompeni-kompeni boleh bersatu
untuk jaga bisnes untuk untung lebih
aku lihat negeri-negeri boleh bersekutu
untuk merdeka wilayah untuk bebas dari penjajah
aku lihat imam-imam mazhab boleh bersatu
untuk jaga kesatuan untuk harmoni ukhuwwah
aku lihat para sahabat Rasulullah boleh bersatu
untuk raih syahid untuk raih redha Allah
aku lihat blogger boleh unite boleh bersatu
tapi sedikit sekali yang mahu muslim bersatu

mereka kata mahu muslim bersatu
tetapi bunuh sesama saudara menjadi biasa
mereka kata mahu muslim bersatu
tetapi kafir saudara supaya islam jadi milik mereka saja
mereka kata mahu muslim bersatu
namun mereka kurang arif untuk meraikan fitrah sesama manusia
mereka kata mahu muslim bersatu
tetapi menyebar-nyebarkan aib saudara buat mereka bangga

mereka kata mahu muslim bersatu
tetapi sedikit saja yang menjaga akhlak apalagi hati sesama saudara
mereka kata mahu muslim bersatu
tetapi bersikap lemah lembut dan menyebarkan kasih sayang dianggap lembik
mereka kata mahu muslim bersatu
bila mereka marah mereka berlebihan hingga tiada maaf buat saudara yang memohon maaf
mereka kata mahu muslim bersatu
tetapi nak mendidik mereka malu, nak memaki mereka mahu

mereka kata mahu muslim bersatu
tetapi tegur menegur dianggap debat akhirnya langsung tak mahu dinasihat
mereka kata mahu muslim bersatu
tetapi nak bekerjasama mereka tak mahu, nak sengketa mereka hebat
mereka kata mahu muslim bersatu
tetapi mereka sanggup muliakan si kufur, walau si kufur terang-terang tolak negara islam mereka
mereka kata mahu muslim bersatu
kerja baik mereka tak nak bersama, takut nanti mereka tak dapat nama

mereka kata mahu muslim bersatu
tetapi hari-hari cari salah nak komen, cari aib nak gelak
mereka kata mahu muslim bersatu
tetapi sangka buruk, prejudis, sombong dan riak mereka seru

ada orang kata bila bersatu nanti tak bole berbeza pandangan
mereka kata belajar sirah,
tapi langsung tak sedar bagaimana Rasulullah urus muslim bersatu

siapa kata jika bersatu tak boleh bangkang kemungkaran
siapa kata jika bersatu tak boleh tegakkan kebenaran
siapa kata jika bersatu mesti kena taat kemungkaran
siapa kata jika bersatu mesti hanya ada satu pandangan

jahilnya mereka tak memahami prinsip kesatuan

bersatunya kita atas kalimah syahadah yang satu
bagi mencari jalan dan keputusan perselisihan
sering kita bincang semua pandangan
namun, apabila keputusan dicapai dalam syura yang diadakan
kita taat lalu berkasih sayang bertaut ukhuwwah bersama kita jayakan
kesatuan kita adalah berkongsi
kesatuan kita adalah melengkapi antara satu sama lain
kesatuan kita ialah menguatkan dan mengukuhkan
menjaga kesatuan diutamakan
bukan emosi dan perasaan atau idola pimpinan kamu nak dijuangkan

belajarlah mengapa berlaku perpecahan
lupakah kalian apa yang berlaku
di zaman saidina uthman, saidina ali, muawiyah, perang jamal dan siffin?

IBN MUKHTAR
(12 Februari 2007)

No comments: