pesanku buat jamaah hikmah

ramai orang suka bercakap
tetapi yang mereka cakap hanya disangka-sangka
aku bukan UMNO bukan PAS bukan PKR
bukan HT bukan rufaqa bukan tabligh
bukan salafiyyin bukan wahabis bukan arisme
bukan anwarisme bukan mahathirisme
aku bukan jamaah mereka tidak bererti aku musuh mereka
tetapi atas faktor aku lemah tak dapat berhadapan dengan ahli-ahli mereka
sebahagiannya aku tentang sebahagiannya menentang aku
aku tidak bergabung dengan mereka kerana aku tidak mahu beriktikad
seperti ahli-ahli ekstrim mereka beriktikad yang meraikan perpecahan
kerana aku dalam usaha perjuangan menuju sebuah kematian
sedang mereka tidak tahu mengenai rakan-rakan aku dalam perjuangan
rakan-rakanku adalah ahli-ahli jamaah mereka yang mereka tak sedarkan
kami punya perjuangan bersama
kami punya impian bersama
lalu apa mereka sudah habis berkenalan
dengan perjuangan jamaah hikmah yang lahir sebagai reaksi perpecahan mereka?

ya, mereka kata mereka tasammuuuuuhhhh
ya, mereka kata mereka juga ada ahli yang cinta kesatuan
ya, mereka kata mereka juga ahlus sunnah wal jamaah
ya, mereka kata mereka menghargai setiap bakat
setiap usaha, setiap pandangan, setiap kritikan
ya, mereka kata ramai ahli mereka ahli damai

adakah atas kerana kita tidak gabungkan diri dengan mereka
maka mereka bersangka kita membenci jamaah, uslub yang baik, ahli damai mereka?
sebab itu mereka tak habis membaca
kita mengarang bukan sehelai dua muka
kita mengarang panjang berjela untuk menjelaskan segala
tetapi mereka lebih suka bersangka-sangka dari membaca semua
jika kamu benci membaca jangan kamu mahu bersangka

maka di sini aku berpesan buat kalian yang berjuang dalam perjuangan hikmah ini
mereka tidak mengetahui perjuangan hikmah kita adalah konsep renassainse hikmah
kita bangkit dan sedarkan dalam setiap lapangan
kita serap, kita masuk, kita rai dan rancakkan kefahaman
inilah dakwah kita iaitu menggunakan segala nikmat yang ada

sebahagian kita bijak menulis maka kita rancakkan tulisan kesedaran
sebahagian kita menulis puisi, sebahagian menulis novel
sebahagian menulis artikel, sebahagian menulis jurnal
sebahagian menulis blog santai, sebahagian menulis satira
sebahagian menulis ilmiah, sebahagian menulis rehlah
kita percaya mata pena itu lebih tajam dari pedang

sebahagian kita bijak melukis maka kita rancakkan lukisan kesedaran
sebahagian kita melukis komik, sebahagian lagi melukis artistik
sebahagian melukis warna-warna kehidupan
sebahagian lagi melukis tarikan kebudayaan yang menginsafkan
kita percaya lukisan mampu menterjemahkan sebuah keindahan

sebahagian kita bijak berhujah maka kita rancakkan syarahan yang menyedarkan
sebahagian kita memberi kuliah, sebahagian kita memberi syarah
sebahagian kita memberi tazkirah, sebahagian lagi memberi ceramah
kita percaya buti-butir hujah terbaik adalah yang hikmah
dan bukan marah-marah.

begitulah seterusnya sebahagian kita menjadi penyanyi maka nyanyikanlah kalam-kalam zikrullah
sebahagian kita menjadi doktor maka rawatlah pesakit dengan mengingatkan akan pengharapan pada Tuhan
sebahagian kita menjadi guru, maka didiklah anak bangsa ke arah tunduk berjuang
sebahagian kita adalah jurutera maka binalah infrastruktur yang kukuh buat orang beribadah selesa
sebahagian kita menjadi pemimpin, maka bertaqwa dan tunjuklah tauladan berguna
menyeru yang makruf mencegah yang mungkar
mempersatukan pengikut agar tidak pecah belah lalu pegang kukuh di tali Allah

semua nikmat diguna semua jalan dimanfaat
dan kita punya satu suara satu misi satu impian yang sama
kita adalah kumpulan generasi muda yang mahu menghapus segala kesilapan lalu
kita muliakan para ulama ahlus sunnah wal jamaah
kita penerus perjuangan yang sambung-sambungan
hingga bertemu kepada perjuangan rasulullah s.a.w

kita adalah jamaah hikmah yang berjuang bukan untuk tambah pengikut
kerana kita bukan sebuah organisasi
kita adalah jamaah hikmah yang berjuang tanpa membeza-bezakan jamaah
kerana kita adalah gelombang dan arus dalam jiwa
walau kita tidak pernah berjumpa namun hati, strategi, misi dan impian kita sama
sebahagian kita berada dalam bermacam jenis jamaah,
sebahagian lagi menjadi anak murid para ulama
sebahagian pula berjuang sukarela tanpa diikat dengan apa-apa kumpulan
sebahagian lagi terjun dalam menuntut ilmu untuk disebarkan
sebahagian lagi terjun menyelamatkan insan yang kelemasan dalam maksiat kedurjanaan

kita jamaah hikmah yang meraikan kebaikan seruan kerajaan
kita adalah jamaah hikmah yang meraikan semangat juang setiap jamaah berlainan
kita jamaah hikmah yang rindukan kesatuan
bukan hanya menunggu impian
tetapi kita bergerak syumul pertautkan hati masuk ke dalam setiap perjuangan
politik, ekonomi, sosial, hiburan, dunia remaja dan kanak-kanak
dunia lelaki dan perempuan
kita berdakwah dalam pelbagai uslub
tidak meninggalkan barang satupun kaedah yang boleh dimanfaat dan dijayakan

kita adalah jamaah yang menggunakan segala kekuatan yang ada
segala bakat yang diterima dikurnia
segala kelemahan ditampung oleh rakan-rakan kita dalam perjuangan
segala kelebihan kita kongsi dan perkuatkan

kita adalah jamaah yang mengagungkan kesatuan umat
ahlus sunnah wal jamaah
kita adalah jamaah yang ingin bersolat jamaah dan masjid diimarahkan
kita adalah jamaah yang menyebarkan kasih sayang pada seluruh dunia dan insan
kita adalah jamaah yang membangkitkan pejuang-pejuang muda gagah berani

yang lapar akan berisi
yang sakit akan diubati
yang merempat dapat berteduh
yang sesat kembali ke pangkal jalan
yang lalai segera beringat
yang lemah dibantu
yang sedih digembirakan

jalan kita ialah tenang, sabar, tegas, teliti, kaji, fikir, rancang, bincang, nasihat menasihati,
timbang dengan syumul, perbuat dengan istiqamah, berani, lantang dengan musuh yang menentang
mendidik dan sebarkan kasih sayang pada yang mengaku kesilapan dan mahu kembali ke pangkal jalan
ini jalan kita ini gelombang kita ini cara dan kaedah kita jamaah hikmah.
sebuah jamaah yang bukan firqah , jamaah yang hanya merujuk kepada gelombang gerak kerja
dan perjuangan yang mengimpikan kesatuan.

jangan kita berhenti perjuangan ini
jika mereka tidak suka dan mengeji kita
suka bersangka buruk akan ikhlasnya hati kita memberi nasihat
padahal kita nasihat atas sebab kasih sayang insan
maka berpalinglah, dan pergilah kepada yang sudi
mungkin yang sudi itu lebih mengerti
dan dapat membaiki diri kita sendiri.

IBN MUKHTAR
(12 Februari 2007)

No comments: