rosnah dan faqir

hari itu rosnah kata apa salah bercinta dengan orang muda
hari itu rosnah tanya, berapa umur nabi kita
dijawab hadirin 20 rosnah
rosnah bertanya berapa umur siti khadijah
dijawab hadirin 40 rosnah
bukankah dah tua nak mampos tu kata rosnah

hadirin menepuk tanda setuju
apa salah perempuan tua bercinta dengan orang muda
rosnah mengingatkan perlunya terima ketentuan Ilahi ke atas jodoh kita

sayup sayup ketawa orang ketawa

namun hati yang meneliti sudahpun dilukai
rosnah lupa dia sudah menghina umur siti khadijah
dengan berkata siti khadijah sudah berumur nak mampos

apakah ayat itu wajar
pastinya tak wajar, maka ribuan membantah
mungkin jutaan jika jutaan itu mendengar

jakim bersuara, rosnah meminta ampun
maaf dipinta kerna diri terlepas bicara
atas diri yang jahil akan adab sopan mutiara
lebih-lebih lagi pada junjungan mulia
dan ahlul baytnya

faqir oh faqir
fakirnya rosnah dengan ilmu
faqir oh faqir
aku marah rosnah hina nabi begitu
tapi rosnah bukan berniat menghina dengan sengaja

ini bicara sudahpun habis cerita
rosnah dah belajar insaf seadanya
jakim sudah tunai amanah dakwah yang diminta
media sebar cerita ke seluruh warga

faqir oh faqir
berkata mahu bicara reaksi rosnah hina nabi kita
berkata bukannya mahu bicara reaksi sesudahnya

apakah rosnah yang ada di depan mata
dengan rosnah yang faqir minta dicerca itu
orang berbeza

faqir oh faqir
andai kamu tahu tujuan dakwah dan hidup kita
bukan sekadar mahu tunjuk hebat membela
tapi harus hebat melaksana
sunnah, harapan dan suruhan nabi kita

faqir oh faqir
rosnah itu mahu lagi pada agama
kenapa mahu dipanjangkan cerita
andai kamu benci wahhabi buka bicara khilaf
hingga berjela tak habis dibicara
mengapa pula kamu tidak boleh melupakan
akan jahilnya rosnah punya bicara

jahilnya rosnah bicara umpama badwi yang kencing di masjid pada dulu kala
rosnah memohon maaf selepas ditegur , badwi biar kencing merata
faqir mahu panjangkan lagi bicara, sedang nabi menjiruskan kencing tanpa mencerca

dakwah faqir dakwah
ada tujuan dan matlamatnya
bukan saja tunjuk hebat membela
tapi kena hebat melaksana

apa wajar kita perhina rosnah lagi sesudah dia pulang ke pangkal jalan
atau kita pergiatkan lagi usaha mengajak artis beradab sopan
menyeru masyarakat agar mencintai nabi sungguh-sungguhnya
atau dakwah cinta nabi hanya maulidur rasul punya cerita?

orang kita lepaskan batuk di tangga
abai dakwah, abai mengajak memahami agama

IBN MUKHTAR
(4 Februari 2007)

2 comments:

muhammad fakhrul razi said...

bagi orang yg tak biasa bercampur dgn geng-geng bandar yg ada di selangor mungkin agak asing dgn gaya istilah "nak mampos"

inilah budaya tak sopan yg diamalkan dalam berbicara akhirnya menjerat diri yang berkata-kata.

"nak mampos" bererti "ter sangat-sangat" sebagai contoh:

besar nak mampos pinggan kau
=besarnya pinggan kau
atau juga sering digunakan
=besar gila pinggan kau

apa yg digunakan oleh rosnah cuma gaya bahasa hariannya. atas sebab rosnah itu jarang diberikan suasana dakwah, taklim atau tazkirah yang mengingatkan akan peri penting mencintai nabi dan ahlul bayt juga peri penting menjaga tatasusila, maka tidak hairan jika rosnah mudah terlepas bicara. apatah lagi rosnah mat aris mmg kumpulan artis yg bersuara lantang direct speaking.

kita boleh menerima permohonan maaf dan penjelasan rosnah bahawa dia tidak berniat menghina dan terlepas bicara.

jika rosnah tidak cepat memohon maaf dan disedarkan maka, agama islam akan menjadi mudah untuk dihina dan diperkotak katikkan oleh artis2 yg jahil yg lain.

apa2 pun inilah petunjuk bahawa para daie perlu segera menyerap masuk ke dalam artis mengajar dan mengajak kepada penerapan nilai islam.

wallahua'lam.

Anonymous said...

Setuju agar tak terus-terusan menghukum kesalahan Rosnah terlepas bicara.

Tak setuju perbanding istilah "nak mampos" dengan "tersangat-sangat". Sebab dalam konteks apa yang dicakap Rosnah pada masa itu, "tua nak mampos" yang Rosnah maksudkan jelas bermaksud "tua nak mati". Wajar ditegur sebab jelas menghina kekasih Rasulullah SAW, wanita mulia jodoh pilihan Allah untuk kekasih-Nya.

Perbuatan biadap memang sewajarnya ditegur. Tapi untuk terus menghukum memang tidak wajar. Patut beri peluang kepada pesalah memperbetulkan kesilapan.