siapalah aku

siapalah aku
bila ku kata suruh umat bersatu
kepelbagaian idea politik ditemukan
kepelbagaian cadangan dan buah fikiran dibincang
kepelbagaian kepakaran dan kekuatan dibersamakan
runtuhkan tembok kepartian
kita jadi umat dalam syura muslimun
biar saja si kufur dan munafik menjadi seteru
biar saja si penyembah barat jadi parti lawan
dalam syura juga ada demokrasi jika itu yang kau mahu
malah setiap pandangan diutara dan didengar secara beradab dan tertib
kita tak perlu buang parlimen atau sistem beraja
satu saja ku minta supaya bersatu dalam satu naungan
adakah bersatu yang ku seru ini suatu yang haram di sisi kalian?
tapi aku tahu siapalah aku
kalianlah yang benar dan tahu
kalianlah yang bijak dan hikmah selalu

siapalah aku
tatkala aku menyeru supaya kita sisihkan sekularisme artis
sisihkan politikusarap dari mendapat publisiti
bagaimana?
dengan memunculkan golongan kita di setiap ruang dan sudut
biar mereka tersepit tak dapat terbonjol muncul selalu
biar islam itu popular biar indahnya addin itu popular
kita gempur di setiap ruang dan sudut
tak kira akademik, seni hiburan,mahupun politik dan perniagaan
biar karya dan produk kita kuasai arus perdana
sebab itu aku seru supaya kita bangkit renaissance hikmah
kita manfaat segala kekuatan, kita kuasai segala kepakaran
tapi mereka tak mahu kerja kuat ke arah itu
yang mereka mahu jatuh kerajaan, nantikan naik kerajaan baru
maka mereka anggap segalanya akan selesai
dalam keadaan kita tiada apa kekuatan?

siapalah aku
tatkala aku menyokong jakim berdakwah menegur si artis celupar
dan aku harapkan para daie ambil langkah sama
guna kesempatan isu ini untuk gerak gempur artis
kita gerakkan dakwah pada artis secara agresif
berikan didikan, tarbiyah dan kesedaran
aku pasti tiada siapa dapat menolak usaha ini jika dilaksanakan
yang menolak si daie untuk memulihkan para artis hanya golongan kapitalis
dan penyokong hedonisme sekularisme artis
maka di situ dapatlah kita tapis dan tahu
mana satu artis yang jahil, mana satu yang nifak dan mana satu yang enggan dan kufur
namun, mereka tak mahu manfaat isu
tiada seorang daie pergi menziarah para artis bermasalah
berikanlah dakwah berikanlah tarbiyyah, namun yang ada cuma marah-marah
lalu hanya membesar-besarkan isu untuk tonjol silap semua
padahal silap kita kerana telah tunggu terlalu lama untuk bergerak
mana dia proaktif, mana dia progresif
tapi aku tahu, siapalah aku
mereka juga yang bijak mereka juga yang tahu
segala yang mereka buat semuanya hebat belaka konon pasti buat islam berjaya

siapalah aku
apabila aku menyebut mengapa aku tidak gabung diri pada mereka
langsung hal yang aku timbulkan mereka tak ambil kira
jika mereka teliti pasti temui bahawa ada kelemahan yang perlu ditampung
dan kerjasama serta bergabung itu adalah tampung terbaik buat mereka
setiap kekuatan jamaah akan menampung kelemahan jamaah yang lain
setiap kelemahan jamaah akan ditampung kekuatan jamaah yang lain
apa susah mahu faham?
kata kuncinya sudah ada dalam al quran
masuklah dalam islam itu seluruhnya, maka bertindak syumullah
gerak kerja akan menjadi syumul jika kita semua bergabung
duduk berbincang satu meja, punya gerak kerja terancang dan bersama
tapi siapalah aku
mereka juga yang betul merekalah yang tasamuh
idea aku retorik, apa yang aku seru semuanya fantasi dan terlalu ideal
idea perjuangan mereka sajalah yang hakiki yang realiti
berjuang tanpa susun barisan betul-betul
saling tidak bekerjasama, saling dalam diri merasakan perjuangan masing-masing yang tepat
yang dapat buat islam berjaya
mereka sajalah yang tahu
siapalah aku, semua yang aku cakap semuanya keji dan bodoh belaka.

IBN MUKHTAR
(13 Februari 2007)

No comments: