sampai bila

sampai bila
sampai ke tuakah kita begini
bermain gitar di tepi kota
menghisap rokok barang sekotak
mengenang nasib bila nak kaya
harga barang naik cukup berontak
sedang usaha sedikit takut pula nak berniaga

sampai bila
sampai beranak pinak kita masih begini
bila musim bola kita berjaga
bila kenduri kita berasak-asak
bila pilihanraya kita mengundi
bila isteri dah tua kita nak poligami
bila kita dah tua, nak remaja sekali lagi
sedang amalan tak pernah terjaga
tak pernah berubah sejak dulu sampai kini

sampai bila
sampai dah tua bangka kita tak berubah lagi
dulu kata cita-cita nak taubat lepas naik haji
bila dah ada haji kita masih begini
duduk membongkok merenung nasib diri
marahkan itu marahkan ini
padahal kita langsung tak pernah tinggalkan budi
taubatlah pakcik taubatlah abang
sebelum ajal tiba, tambahlah sedikit ilmu barang sedikit
berubahlah sikap jadi lebih baik
insaflah diri dan ingatkanlah anak cucu cicit
semoga kita kembali pada Allah sebagai perajurit.

IBNMUKHTAR
(19 Mac 2007)

No comments: