GILA YANG MANA?

Gila yang mana kau cari?
menggila membabi buta
mencari ruang untuk menggila

gila harta
gila orang-orang kaya
memboroi rasuah pungut untung
sampai durian tak mahu runtuh lagi
mana ada ruang mana ada wang
di situ ada kau orang
menggila mengejar harta
walau masjid surau kosong sahaja

gila bola
bersukan tak salah
tapi gila apa kau tahajjud tak pernah
tapi 3 pagi kau boleh sabar menonton
gila apa orang sepak bola
kau yang sorak gol
kau hafal nama pemain bola
nama Allah kau sampai lupa

gila wanita
entah apa kau hingga jadi gila
gila bayang kau tak tidur malam
rindu wanita tak macam kau rindu Allah
meliur kau menggila bodi anatomi manusia
berbaloikah jika wanita gila teruna pula?
nafsu bergelora jangan sampai kau gila seks
nanti tak pasal orang hilang respek
sebab kes rogol kau lah suspek

No comments: