yang ku kenal

waktu itu yang masih ku ingat
kamu masih di sisi
waktu itu yang masih ku ingat
kamu yang ku kenal mengenaliku

aku bukan insan ajaib
yang boleh memberikan sayap
buat kamu terbang di keputihan awan

aku bukan sang raja bertakhta
yang mampu bentangkan singgahsana
buat kamu huni sepanjang usia

aku bukan pahlawan terbilang yang perkasa
dapat bendungmu dari segala raksasa
yang datang mengancam dirimu

mungkin ada perkara
yang tak tercapai oleh kudrat yang ada
kerana aku insan yang biasa
yang ku kenal hanya berusaha

jika segala usahaku punah runtuh semua
janganlah diriku dibenci pula
kerana yang ku kenal hanya berusaha
sedang gagal atau jaya itu hak Tuhan menentukannya

yang ku kenal hanya berusaha
yang ku kenal hanya
perjuangan meraih redhaNya

IBN MUKHTAR
(4 April 2007)

No comments: