Rojak Rajuk

di sana makan rojak enak
enak rasa enak pedas kuahnya
di sini bila rajuk tak layak
sungguh tak layak buruk rajuknya

sungguh kenapa manusia perlu rajuk
sedang rojak boleh kongsi sama-sama
satu bekas boleh saja guna dua pencucuk
demi rojak memang enak
seenak semanis tak rajuk penjualnya

adakah rajuk kerna diri tak diadili
sedang manusia itu lebih ramai menzalimi
patutnya yang paling layak merajuk
tentu Tuhannya tentu Tuhannya
namun tak pernah Tuhan merajuk
si kafir sombong tak sujud padaNya
tetap mewah bahagia nikmati pesona
tapi murka Allah sangat bahaya
bila dimurka maka celaka
tak guna lagi kau rajuk dengan Tuhan
bila rajuk, bumi mana yang bukan kepunyaanNya?

tentu siapa yang berfikir
tak tolak lagi Allah Maha Pemurah pada hambaNya
lalu mengapa kau mesti jadi rajuk pada manusia?
apa taraf mu hingga kedekut jadi pemurah
kenapa kedekut pemurah kata-kata maafmu
kedekut dakwah dari hikmah dan sabarmu
kedekut adil dalam neraca timbanganmu
kedekut untuk bertawakkal dan tawadhuk
buat saudara buat teman buat sahabat
yang mahu bertaubat

kan rojak itu banyak isinya
banyak isinya banyak kuahnya
untuk apa dipotong kecil isi rojak
jika bukan untuk berkongsi
berkongsi sesama rakan taulan
sungguh tak perlu kau rajuk
kerna rojak tetap enak tetap sedap

IBN MUKHTAR
(4 mEI 2007)

2 comments:

pauhfc said...

salam.maafkan aku mfr kalo ada buat apa2 salah kat ko ek.

muhammad fakhrul razi said...

salam.. loh.. ape ko merepek..