Bukan Untuk Digapai

tidak semua yang ingin dimiliki
boleh digapai boleh dicapai
ada sesuatu yang lebih suci
bukan untuk digapai

walau remuk bagaimana hatimu
tak wajar kau renyuk cita-citamu
walau tewas dan jatuh dirimu
tak mestinya tiada upaya lagi

dakilah bukit usaha itu
walau kau mendaki seorang diri
dalam kelam malam yang gelita
dalam tangis yang rintik-rintik turun
sedu sedanmu walau diejek lemah
janganlah kau rasa kau tak dihargai

ada jalan yang hanya dilalui
oleh manusia yang tahu erti sunyi
tahu erti sepi tanpa sesiapa hayati
jadi manusia yang memendam
manusia yang memerhati

cubalah gembira dengan kegembiraan orang
kelak menjadi kegembiraan diri
walau tak mampu nak dekati
tak mampu nak gapai
kerna
dia bukan untuk digapai

No comments: