lambai


lemah lambai sayu
sepoi orak lembut
terbang senyap-senyap
hilang entah mana

ku sedar tarafku
tak mampu nak gapai
ku hanya coret picisan
langsung tak setaraf coretannya

picisan sungguh aku picisan
lambai sungguh lambai perpisahan
maafkan aku maafkan aku
aku sedar aku mengecewakan

entah aku ini kerana apa
rasa bersalah makin membeban
tidaklah aku suka buat dimarah
hanya kerna aku seorang picisan

hari itu kau membuat keputusan
melambai tak lagi menerimaku
aku memahami dan mendoakan
moga kau bahagia bersama kayangan

terima kasih kerna memaafkan
terima kasih sungguh ku berterimakasih
biar aku sedih atas perbuatanku
kelak jauh melambai tak lagi seperti dulu

aku akan mematangkan diriku
terima kasih buat nasihatmu itu

IBN MUKHTAR
(6 Sept-10 Sept 2007)

No comments: