Cinta Ilahi Tak pernah ilusi

Cinta Ilahi tak pernah ilusi
Cinta Ilahi bukan slogan semata
Janganlah diperkecil hamba yang mendamba
kecintaan pada Ilahi dan tolak cinta nafsu
Itu tarbiyah buat hati untuk tunduk
semata-mata kepada Ilahi

Manusia yang ada benci manusia lain
bukan mencintai Ilahi
Itu manusia yang tidak tahu
apa yang dicintai oleh Ilahinya

Manusia yang cinta Ilahi
adalah yang punya banyak cinta
untuk disemai pada manusia
dan makhluk lain semuanya

Bukankah Rasulullah itu cinta Ilahi
maka kita mencintai jua Rasulullah
Bukankah alim ulama dicintai Ilahi
maka kita mencintai jua alim ulama
Bukankah orang-orang soleh dicintai Ilahi
maka kita mencintai jua orang-orang soleh

Tidakkah Ilahi mencintai pasangan manusia
yang bertemu dan berpisah kerana Ilahi?
Tidakkah Ilahi mencintai pasangan
yang mengasihi antara satu sama lain kerana Ilahi?
Maka tentunya mencintai Ilahi jua
membawa pada mencintai sesama manusia

bukankah berbuat baik pada ibubapa
itu satu kecintaan?
bukankah syurga di bawah kaki ibu?
bukankah syurga di bawah kaki suami?
bukankah orang beriman itu bersaudara
dan kasih mengasihi sesama mereka?

cinta Ilahi membawa pada mencintai
dan menyebar cinta
lalu biarkanlah mereka mahu mencintai Ilahi
kerana kelak, mereka akan menyedari
perlu menyebar cinta
janganlah marahkan mereka cintakan Ilahi semata-mata
sedangkan sahabat Rasul jua mengucapkan
cukup Allah bagi mereka

IBN MUKHTAR
(20 Disember 2007)

1 comment:

Anonymous said...

Ya,memang itu hakikat bahwa "Cinta Ilahi tak pernah Ilusi". :-)