serba tak kena

aku di mana
serba tak kena
ikut cakap orang
memang tak ikut pun
aku memang sembarang
yang ku cari apa
persetan keinginan
tujukan tugasan
hapuskan kemahuan
majukan perjuangan
tanpa teman, kawan dan lawan?
memang aku disumpah atau disampah
mengapa aku jadi menyumpah
dan menyampah
akan diri sendiri
serba tak kena
kerna hati
tak ingat Allah

(IBN MUKHTAR)
21 januari 2008

1 comment:

Biar Putih Tulang said...

Aku serba kena,
Ke kiri kena ke kanan kena.
Pun ke mana-mana
kena
bawa Quran bersama
bkn dikelek
tp di dada

Tak paham aku..
Puisi ke pantun