akhirnya balik ke asalmu

bila banyak-banyak cakap
kau akan balik semula diam
bila jauh-jauh jalan
kau akan balik semula tidur
bila sumbat-sumbat makan
kau akan balik semula berak
lapar

bila banyak-banyak baca
kau akan balik semula lupa
bila panas-panas hati marah
kau akan balik semula tenang
bila hidup-hidup lama pun
kau akan balik mati
mayat

bila dalam-dalam mana cintamu
kau akan balik sayang diri sendiri
bila puja-puja mana pun pada makhluk
kau akan sedar puja hanya Tuhanmu layak
bila ramai-ramai mana kawanmu
kau akan balik seorang diri dalam kubur
sepi


akhirnya kau balik ke asalmu
kembali pada Tuhanmu

(IBN MUKHTAR)
3 februari 2008

No comments: