zikir maut

saat itu nyawanya sudah sampai kerongkong
saat itu fikirannya berkeroncong mahu bolong
saat itu melolong pun tak sanggup ditolong
saat itu nak serabut pun sudah kosong

apa nak difikirkan lagi jika maut sudah mampir
kawan, teman, lawan semua tak ada hampir
bekalan amal pun kurang berapa lampir
masa itu mewah, glamor, kuasa nak difikir?

hari itu sama ada kena bayar tol atau tidak, dah tak kisah
hari itu harga minyak naik atau tidak, dah tak kisah
hari itu siapa menang anugerah, siapa menang liga, dah tak kisah
hari itu siapa jadi PM Malaysia, dah tak kisah
tapi hari itu, kau banyak ingat Allah masa hidup atau tidak,
baru nak kisah

kadang selalu ke masjid kita merokok, mengumpat
kadang belajar agama, tengok gadis, gatal nak ngurat
kadang jadi ahli parti islam, mencarut maki kita larat
kadang dah jadi imam, suami, buang masa juga pakat
kadang dah dakwah sini sana, ada juga tertinggal solat
masa maut nanti, kita menangis sebab tak sempat taubat

ini bukan benda main-main boleh lupa
kalau main sukan, periksa pun pakai masa
apa lagi hidup kita di dunia bukan selama mana
tamat tempoh berbeza, sampai masa ajal pun tiba
biar orang tak peduli kita, jangan Allah tak peduli kita
sebab itu peduli dan ingatlah Allah sentiasa
itu akan buat hati pilu, sedih mu hilang semua

(IBN MUKHTAR)
4 februari 2008

No comments: