MENGAPA MESTI BERUSAHA?

Kita berusaha bukan untuk berjaya.
Kita berusaha kerana kita tak mahu jadi orang yang tiada usaha
Kita berusaha kerana kita yakin Allah kasih orang-orang yang berusaha
Kita berusaha sampai mati
Kita yakin kita akan mati
Usaha kita untuk bekalan hari mati kita
Kita tahu ajal makin mendekati
Kita digelak, diejek, ditertawa kerana usaha kita
Tak apa, kita yakin Allah suka orang yang berusaha
Kita tak usaha jahat, kita usaha baik
Orang lain banyak usaha, mereka boleh tertawa
Kita sikit usaha, kena banyak menangis dan gandakan usaha
Orang lain semua tak payah susah-susah seperti kita
sebab semua bekalan hari mati dah cukup
Kita perlu susah-susah, sebab bekalan mati belum cukup
Kita nak buat banyak-banyak kebaikan
sebab kita yakin Allah suka banyak-banyak kebaikan
Kita nak guna semua nikmat yang Allah bagi sedaya upaya
sebab kita yakin Allah suka orang yang mensyukuri nikmat
Kita nak berjuang sampai mati
sebab kita yakin Allah suka orang yang berjuang di jalanNya
Kita nak Allah suka pada kita saja, tak mahu yang selainnya
Biarpun orang ejek-ejek, gelak guling-guling, terbahak-bahak senak perut lihat usaha kita
sebab mereka semua sudah rasa terjamin syurga
Kita kenalah berusaha, sebab dosa lalu bertimpa-timpa

IBN MUKHTAR

"berjuang terus berjuang"

ini halatuju kematianku, mati dalam berjuang.

ameen ya Allah ameen.

No comments: