DIHINA

dihina dihina dikeji dikeji
diejek diejek disindir disindir
diketawa diketawa
diludah diludah
aku bertuah aku bertuah
kerna aku dapat faham apa itu payah
payah yang dideritai Nabi
dan para sahabat di makkah
jika kita perit dengan kata-kata cuma
jika kita perit dengan tulisan cacian cuma
mana nak sama keperitan mereka
diseksa dengan seksaan berat oleh quraisy
pilu dan terluka hati itu biasa
menjelaskan kita adalah manusia normal
ambillah cacian mereka sebagai penguat jiwa
sebagai amaran dari Allah supaya sedar diri kita hina
lebih hina jika kita tak membaiki iman dan taqwa
lebih hina jika kita tak berkejar-kejar berbuat kebajikan
jika semua itu sudah kita lakukan
tapi tetap juga dihina
maka ketahuilah bahawa kita beruntung
kita akan terus tawadhuk dan tak riyak
bukankah itu yang kita mahukan?
berbuat amal dan tidak takjub dengan amal kita
tapi sering mencari kelemahan untuk dibaiki
di mana kelemahan itu?
tentulah pada tempat mereka mencaci itu
terus beramal hingga mati sampai bila-bila masa saja lagi

IBN MUKHTAR

1 comment:

Wafiq said...

Waw, puisi yang bagus. Untaian kata-katanya indah