Hidup Memberi atau Meminta?

hidup bererti pada memberi
mengapa meminta untuk erti hidupmu
kau hidup menuju mati
hidup kau memberi atau meminta?

kau kata kau memberi dakwah
bila datang orang meminta
kau menghalau, kau mengherdik
atau kau menyakiti selepas memberi
tidakkah kau ingat apa kata Tuhanmu
surah al baqarah ayat 262

kau kata kau memberi cinta
bila datang ujian amarah
kau membenci dan memusuhi
bukan sekadar sikap, kau hina orangnya
kau malukannya, kau rendahkannya
kau biar orang lain mengejek dan mentertawakannya
supaya hati kau puas, amarahmu buas

kau kata kau memberi semangat
bila datang orang bersemangat
kau bunuh cita-cita dan impiannya
kau hanya memilih mad'u yang kau selesa
kau hanya suka bila kau dipuji dan dipuja
tidakkah kau ingat siapa kau sebelumnya?
tidak mahukah kau merendahkan sedikit supaya tawaduk?

kau kata hidup kau pada memberi
kau meminta-minta orang menanggung kos dakwahmu
tapi kau persembah cerita peribadimu dengan hasil derma
kau promosi Allah dengan wang sadaqah itu atau
kau promosi diri dan keluargamu dengan sadaqah itu?
tak malukah kau bukan saja tak lazat beri infak
tapi kau berlazat makan infak untuk glamormu

tahukah kau satu perkara
manusia ini hidup atas pemberianNya
tanpa pemberianNya itu tiada erti hidup ini
Allah memberi erti untuk kita hidup
Allah memberi hidayah untuk erti hidup
Allah memberi amanah untuk hidup bererti
yang memberi bukan kita tapi Allah
kita ini hanya meminta doa padaNya
kelak Dia berkuasa memberi atau tidak
bergantung kepada usaha kita
menyampaikan semula pemberianNya

Ya, hidup ini menyampaikan
Allah beri hidayah, kita sampaikan dakwah
Allah beri cinta, kita sampaikan sayang
Allah beri rezeki, kita sampaikan sadaqah
Allah beri kudrat, kita sampaikan manfaat
Allah beri hidup, kita hidup sampai mati
Allah beri ilham, kita sampaikan puisi

IBN MUKHTAR
22 mac 2009

18 comments:

Anonymous said...

puisi anda ini MENGAJAR orang lain..
apa kata anda melihat kedalam diri
dimanakah silap dan salah sehingga tidak disenangi? bijak sekali menyindir..
tetapi wahai adikku.
cubalah baca kembali jawapan Hasan Baseri.. terhadap pertanyaan bagaimana beliau sentiasa ZUHUD..
bacalah 4 jawapan utama itu sebagai peringatan kepada diri..
SEMUGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMU DAN AMAL KAMI

mfrstudio said...

jangan prejudis.
baca dengan fikiran penuh keinsafan.
saya tulis puisi untuk diri saya sendiri. setiap kali saya baca puisi ini saya tanamkan azam untuk tidak melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk yang tersenarai di atas.
puisi ini umum.
sekian.
wassalam

p/s: ejaan "semuga" itu macam saya kenal saja siapa yang menaipnya. ejaan sebenar ialah semoga.selalulah letak nama yang boleh dikenali supaya senang kita bertukar fikiran di kemudian hari =)

Anonymous said...

Baiklah, jika itu yang tersirat, saya tiada apa-apa prasangka lagi. Itu antara saudara dan pencipta saudara. Terimakasih atas pembetulan ejaan.

(antara memilih meletakkan "anonymous" dan memberi add/ID; sebagai perempuan saya memilih yang lebih afdal)

- ummualya
"semoga ALLAH swt menerima amal kami dan amal kamu"

AnDeH said...

Puisi yang menarik untuk d hayati.Salam Ziarah

-Andeh-

FaDhLi aTaRi said...

SETUJU!!

tapi anta masih ibnu kan?

dan banyak "kamu"..

apapun satu masterpiece! aku tersentuh~!

ps: yelah kan, hati kita Allah yang lebih tahu. Ana tahu ni memang untuk muhasabah diri anta dulu. Ana percaya. betul3.

salam persahabatan.:D

alprazolam said...

kau kata hidup kau pada memberi
kau meminta-minta orang menanggung kos dakwahmu
tapi kau persembah cerita peribadimu dengan hasil derma
kau promosi Allah dengan wang sadaqah itu atau
kau promosi diri dan keluargamu dengan sadaqah itu?
tak malukah kau bukan saja tak lazat beri infak
tapi kau berlazat makan infak untuk glamormu


lagi satu buruk sangka
(regardless of whomever u attempted to point this poem to)


marilah kita sama-sama muhasabah.

(+)

satu cerita.. (first hand)

saya pernah bergaduh dengan kawan. gaduh betul-betul tak ingat dunia. ingat tuhan tapi sengaja nak ikutkan juga hati panas simbahan syaitan.

ketika waktu itu, memang lazat menghambur perkataan keras-keras pedas-pedas, sengaja lupa manis ukhuwah, sengaja lupa baik budi teman, sengaja lupa dia juga sebahagian anggota diri. sebab?

ADA INI
biar hati aku puas, hati kau sakit aku peduli apa!

semoga saudara bukan bersituasi seperti itu. sebab perasaan bersalah itu tetap ada sampai bila-bila. percayalah.

T_T

mfrstudio said...

insyaAllah saya tak akan bersituasi seperti itu.

puisi saya adalah kecaman saya kepada diri saya sendiri atau angan-angan yang dilintaskan oleh syaitan.

rangkap yang saudara quote itu mengisahkan fenomena orang-orang dakwah yang mengutip derma atau yang demand harga untuk berdakwah. tetapi semasa berdakwah, dia bukannya banyak bercerita dakwah, tetapi banyak bercerita perihal diri dia dan keluarga dia.

contoh, citer anak dia hafiz quran belajar pandai, citer dia dah dakwah banyak negara, paspot penuh cop, dah convert berpuluh org masuk islam, habis ceramah jual album atau barang-barang peribadi kononnya boleh bagi power atau dapat berkat dan sebagainya.banyak promosi dan berbangga diri dan family dia saja.itu tidak baik, sebab dakwah tujuannya untuk besarkan Allah.

walaupun saya masih bujang sekarang, atas fikir risau akan diri yang boleh bila-bila terjebak dalam mempromosi diri, maka saya kecamkan perbuatan terkutuk itu supaya biar diri saya pedas sikit tak melangkahi jalan itu.

wassalam.

Anonymous said...

salam...
sangat lawak bila membaca puisi anda ini
setiap pendakwah berdakwah dalam kapasiti yang berbeza termasuk anda
ada yang hanya mampu berdakwah pada ahli keluarga tetapi tidak pada orang lain
ada juga yang mampu berdakwah pada orang lain tetapi memerlukan orang lain berdakwah pada keluarga sendiri
setiap pendakwah juga adalah manusia biasa yang banyak juga silapnya
tak perlulah anda mengatakan puisi ini di tulis untuk diri sendiri
jika untuk diri sendiri tak perlulah dipostkan dlm blog supaya dapat di baca oleh manusia lain
sebabnya puisi ini tak lebih dari satu cercaan kepada pendakwah-pendakwah yang anda maksudkan.
Allah Maha Mengetahui......

mfrstudio said...

@anoni

tiada persoalan pendakwah tak mampu berdakwah pada keluarga sendiri.

puisi ini berkisar pada sifat orang yang terjun dalam dunia dakwah tetapi tindakan mereka tak selari dengan dakwah.

benar, puisi ini untuk diri saya sendiri, begitu juga sekalian banyak puisi saya yang lain. memang benar, banyak puisi saya diinspirasikan berdasarkan fenomena realiti yang berlaku pada masyarakat mahupun pada diri orang lain. tapi tetap ingatan dan mesej puisi ini semuanya peringatan buat saya.

puisi ini bukan mencerca pendakwah, tetapi mencerca sifat keji yang mungkin dihinggapi pendakwah yang wajar saya hati-hati. terutamanya ketika saya dah tekad untuk jadikan dakwah sebagai kewajipan saya sampai mati. ini ingatan saya atas kerisauan saya ke atas diri ini.

saya pamerkan puisi ini kerana memang saya suka mempamerkan karya peribadi termasuk komik,lukisan,foto,cerpen, dan karya lain. ia adalah ruang perkongsian yang tidak bercanggah dengan syarak. jika bercanggah, bolehlah tolong ajarkan saya yang serba lemah ini.

terima kasih.

Anonymous said...

walaupun niat kita hanya untuk mengingat diri... akhirnya perkara ini menjadi sebaliknya... sebab itu penting untuk kita berfikir baik buruknya sebelum menulis dan melakukan sesuatu... niatnya untuk memperbaiki diri...tapi akhirnya menjadi fitnah terhadap orang lain..

mfrstudio said...

Siapa yang mula menimbulkan fitnah itu menanggung segala dosa.

Niat saya tak pernah berubah. semua puisi saya suatu yang umum yang selalu disebut sebagai membaling bola ke dinding. dibaca untuk didengar oleh telinga sendiri. bukankah telinga saya adalah yang paling dekat dengan mulut saya yang berkata-kata.

fenomena masyarakat yang dinukilkan dalam puisi saya semuanya adalah sempadan-sempadan buat diri saya dari melangkahinya.

saya harap manusia yang mula-mula bawa fitnah, mengadu domba dan menghasut itu akan sedar dan insaf, lalu memohon taubat kepada Allah.

Mengapa puisi saya yang lain tak pernah dibisingkan orang? Sebab penghasut-penghasut itu tak pernah tahu akannya. Padahal saya dah menulis puisi sekian lama.Gaya tetap sama konsisten.

Wallahua'lam.

FaDhLi aTaRi said...

hm..

sahabat. saya ada melihat ada kesungguhan anda untuk memberikan jawapan kepada pengunjung yang bertanya. Alhamdulillah..

tapi komen itu dirasakan mengganggu hati dan emosi, biarkan ia berlalu.. kan? kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.

Iktiqad itu dibina bukan sehari dua kan mfrstudio.. teruskan dengan iktiqadmu itu, dan berbaik sangkalah kepada semua. Aku pun ingin bersahabat dengan kamu. Boleh ke..Ini mungkin takdir Allah menemukan kita dengan pelbagai-bagai kaedah.

mfrstudio, buat peringatan untuk aku, salam persahabatan ( jom berkawan.. lama tunggu). semua disini adalah manusia biasa jua.. bukan malaikat.

(semangat2~)

Anonymous said...

hehe...sahabatku...i love u all so much.

Anonymous said...

aku malas nak cakap2 berlapik ni, bukan style aku k!

nak tanya, ko memang tuju puisi ni kat ustz hasrizal kan? ko sakit hati dan jealous ngan dia kan?

buang r perasaan tu..

" tidak akan masuk syurga orang yang ada walau sebesar zarah rasa hasad dengki dalam diri"

Anonymous said...

simpati terhadap anda~

Anonymous said...

Saya kira semua orang bebas memberi pandangan berdasarkan taakulan yang berbeza-beza.
Tapi biasanya saya baca dalam puisi anda mengandungi quotation yang begitu sinonim dengan penceramah tertentu dan ini mencetus rasa tidak puas hati orang lain.
Saya yakin anda sendiri pun tidak senang hati kalau dikritik.
Kalau hendak menegur sekalipun biar berhikmah dan gunalah ayat yang lain, supaya mesej anda itu sampai dan orang pun senang hati nak terima dan anda pun tidak perlu susah-susah nak jawab satu per satu komen.

aku terserempak dengan cerpen ni lantas membacanya jua mencernanya... said...

kalaulah ya pun dia nak tujukan pada ustaz hasrizal, ada masalah ke? kalau apa yang ditulis salah, memanglah salah. tapi, kalau apa yang ditulis betul, perlu dipersoalkan? janganlah kita sampai taksub kepada seseorang..

Anonymous said...

Anda seperti orang yg anda tegur juga..bila orang komen..anda defense diri anda..anda kata..eh aku betul.

sama je..

so muhasabah diri sebelum kutuk orang lain ye..