Apa Mereka Kisah

Sang Israel anggap Palestina
laksana haiwan
mereka buli mereka bunuh
apa mereka kisah
yang mereka mahu muliakan
cuma bani mereka
keturunan darah Yahudi

Sang Amerika anggap Iraq
laksana barang permainan
mereka hempas mereka bogel
apa mereka kisah
yang mereka muliakan
cuma kesyaitanan hati
ideologi kebaratan keparat

Sang 'Manusia Popular' anggap kita
laksana budak bayi yang bodoh
mereka hina ejek sesuka hati
apa mereka kisah
tak rugi tak jejas populariti
yang mereka kisah
dunia 'Populariti' mereka
namun tatkala sifat keji mereka terbongkar
mencicit mengurus jadi insan baik

Hari ini mereka sebut akhlak akhlak akhlak
Mereka lupa apa akhlak mereka pada orang lain
Hari ini mereka sebut jaga perasaan jaga perasaan
Mereka lupa berapa banyak hati orang terluka
dengan kata-kata sinis dan merendah mereka
Hari ini mereka sebut jangan sinis jangan sindir
Apa mereka buta tulisan mereka yang menyindir
Tapi yang mereka jawab umum umum umum
Jalankan muhasabahmu, jalankan koreksi tulisanmu kembali
Berapa banyak patah perkataan kau tawaduk
Berapa banyak patah perkataan kau merendah manusia lain

Kita beri teladan dengan hanya menggunakan seni sastera
Supaya mereka reti kisah, orang lain juga manusia
Tapi apa mereka kisah
Ulang lagi dan teruslah eksklusifkan diri
Termakan sangat dengan hasutan penyokong taksub
Prejudis Sangka Buruk Menghukum melulu
Sudah dua mufti mereka menghina
Apa mereka kisah
Mereka sangka mereka saja manusia di dunia

IBNMUKHTAR
7 April 2009

No comments: