Buat Hati Yang Bersedih

Buat kamu wahai hati
wahai hati yang bersedih

kau mahu belajar agama
tapi kau dihina
kau hanya mahu memahami
tapi kau dikeji
kau cuma mahu mendekatiNya
tapi kau diguris luka

jangan bersedih wahai hati
kau diuji dalam perjalanan
untuk menjadikan kau insan
yang tabah dan sabar

mintalah pertolongan
dari Allah
dengan solat dan sabar

mengadu padaNya akan pintamu
mengadu padaNya akan batinmu
mangadu padaNya akan tagihmu
jangan mengadu akan keburukan orang
kerana sifat hamba yang dikasihiNya
memohon hidayah buat orang
biar buruk, biar jahat
kasihkan mereka dengan doa hidayah

lalu kau mohonlah kekuatan
supaya Allah jadikan kau kuat
kerana segala kekuatan itu
adalah milik Allah
mudah bagi Allah segala urusan.

IBNMUKHTAR
15 APRIL 2009

No comments: