Cintakan Sunnah Yang Tak Cintakan Sunnah

Hari ini kau boleh melihat
orang yang cintakan sunnah
yang tidak cintakan sunnah

kau melihat
orang cinta berhimpun untuk usrah
tapi tak cintakan solat jamaah
tak bersusah payah ke masjid Allah
sedang sahabat ke masjid walau dipapah

kau melihat
orang cinta berhimpun membaca Yasin
tapi tak cintakan khatamkan Quran al Karim
ayat hanya tergantung di dinding bangunan
bagaimana mampu jadi panduan kehidupan?

kau melihat
orang cintakan hijab dan tudung
tapi terdedah lengan dan bentuk badan
'aurat' ditutup belum menutup pandangan
sang lelaki gatal bermata syaitan

kau melihat
orang cintakan kebaikan
tapi masih Ghibah keburukan
sangka buruk berpanjangan
hati kotor tak suka dibersihkan

kau melihat
orang cintakan dakwah nyanyian
malah hafal lirik cukup mudah dan ringan
zikir ma'thur dan doa harian tak pun amalkan
masuk tandas pun dengan kaki kanan

kau melihat
orang cintakan sunnah baca hadis sahih sahaja
tapi hidup masih jauh dari sunnah Nabi kita
fikir risau Nabi langsung tak kelihatan
yang nampak hanya kesalahan dan bidaah sakan

kau melihat
hanya pada orang
cuba kau lihat
pada dirimu sendiri

IBNMUKHTAR
27 April 2009

1 comment:

farah said...

askum ust
ana farah..inggin tanyakan hukum,kedengaran puak ahbash yang halalkan arak putih wine pada musim sejuk ,apakah benar ada pendapt ulama http://www.youtube.com/watch?v=x6KB6mj-IFI&feature=related -arak boleh minum