Ruang

Ada ruang dosa kita
Perlu ruang mohon ampun
Ada ruang salah kita
Perlu ruang mohon maaf

Ada orang berdosa pada kita
Perlu kita maafkan mereka
Ada orang tak mengaku salah mereka
Ada peluang terus kita lupakannya

Ada orang tak rasa bersalah
Walau mereka tahu keji tindakannya
Ada orang terus tak rasa bersalah
Kerana mereka fikir orang lain hina
Mereka pula mulia

Ada orang tak reti mohon maaf
Yang mereka tahu gelapkan kisah sebenar
Ada orang hanya suka diri selesa
Bila orang lain sangka kita orang yang bersalah
Padahal mereka datang di tengah cerita
Tidak tahu hujung pangkalnya

Ada orang tak sudah-sudah jadi dungu
Padahal mereka tak tahu menahu
Yang mereka tahu nak bermusuh selalu
Padahal mereka hanya melulu meluru

Ruang ini kita noktahkannya
Tapi sikap kejian mereka tak boleh dilupa
Sebagai pengajaran buat kita
Bahawa manusia umpama serigala
Mereka menggigit tapi tak pernah berlapar

Ruang ini jika mereka tak insaf juga
Ada masa nanti akan ramai yang lebih terluka
Akan terlihat jua sifat sebenar mereka
Yang menjadi busuk hanyir dan terus celaka

IBN MUKHTAR
8 April 2009

No comments: