Ahh kau takut rugi!

berpatah-patah kau sembur
berkerat rotan kau kritik
salah ini tak profesional
salah itu tak profesional

kali ini kau terkena sudah
terhegeh-hegeh kau membelek
menegak benang basah yang jelik
kau ulang-ulang minta orang tenang

ahh benarnya kau takut rugi!
benarnya kau nak jaga reputasi
tapi modal besar perlu untuk baiki
maka kau guna ayat manis untuk lari-lari

mahu ke mana lagi
mengapa tak belek unsur prinsip yang tersisip
mana sikap tawaduk mengaku kelemahan
tak malukah kau lihat bangsa jepun
salah kecil pun sanggup mereka merendahkan kepala

bukan, bukan minta disembah para pengguna
tapi kau pengusaha, kau penjual
kononnya kau tak jual moral, kau cuma caj khidmat
tapi jelas moral kau terjual
kau takut rugi, takut muflis
padahal kau patut muflis atas moral yang kau jualkan

tahukah kau apa itu hak pengguna?
bolehkah kau beli sayur busuk
bila kau minta tukar yang lain
penjual berkata, "berlapang dada lah, maafkanlah"
"sayur di kedai lain pun ada yang busuk"
mana timbangan adil semasa berjual beli?

kau ambil duit yang patut mendapat barang yang cukup
bila ada yang kurang, kau minta orang bertenang?
ahh kau takut rugi sebenarnya
kau takut rugi di dunia,
tapi kau tetap rugi di akhirat
maka bersiap sajalah

IBN MUKHTAR
7 mei 2009

No comments: