Hari Ini Mereka Tak Benci Mungkar

hari ini mereka tak benci mungkar
perempuan bertudung terdedah perut
biarkan dia begitu
lebih baik dari perempuan tak bertudung katanya
meraikan yang tak sempurna
dengan memuji percampuran haq dan batil
padahal adalah batil percampuran itu

jika orang yang jahil berbuat salah
kita menegur yang salah agar dia boleh perbaiki
yang nak perbaiki dirinya, maka dirinya perlu dimaklumkan
apa yang salah apa yang perlu dibaiki
bukan kita mendiamkan yang salah
dan memuji mana yang baik yang ada pada kesalahan itu
dia tak akan baiki dirinya jika begitu

mencampurkan haq dan batil itu perkara batil
bacalah surah al baqarah ayat 42
kesalahan mencampurkan haq dan batil wajib ditegur
bukan diraikan, tapi mereka tak faham
mereka meraikan percampuran itu
kerana katanya sekurang-kurang ada juga haq
daripada semuanya batil

hari ini mereka menonton drama
ada mesej dakwah ada juga aksi peluk cium membabibuta
mereka kata jangan dihentam aksi batil itu
kita puji mesej dakwahnya
itulah jalan para pendakwah katanya
padahal itu adalah kesalahan yang wajib ditegur
mereka minta diamkan
mereka fahamkah
jika ada adik perempuan mereka memakai ketat terbonjol
mencium badan lelaki bersiglet di depan muka mereka
kemudian lelaki itu menyampaikan dakwah
adakah mereka tetap mendiamkan
kemungkaran adik mereka
dan meraikan dakwah lelaki itu?

tidak cukup lagi?
bagaimana jika contoh yang lebih teruk
isteri kesayangan mereka ditindih dan dijilat lelaki
di depan mata mereka sendiri
jarak tak kurang 1 meter
kemudian selesai meratakan air liurnya
lelaki itu mengajak mereka
menunaikan solat berjemaah
adakah mereka mendiamkan kemungkaran itu
dan meraikan dakwah lelaki itu?

contoh itu bukan mainan kata cuma
hari ini isteri orang, adik perempuan orang
ibu orang, kakak orang, anak perempuan orang
beraksi lebih teruk dari itu dalam filem dan drama
adakah anda boleh mendiamkan kemungkaran mereka
kerana bersama kemungkaran itu mereka sampaikan juga dakwah?
anda boleh memilih untuk bersama
menjadi pendiam-pendiam kebenaran
atau anda boleh memilih untuk bersama
menjadi penegur-penegur kemungkaran
agar mereka tercegah dari mengulangi
agar orang lain tercegah dari mengikuti
agar anda bukan saja amar makruf
tapi anda juga nahyi mungkar

cegahlah kemungkaran yang kecil
sebelum ia menjadi lebih besar
lebih parah
atau anda sendiri rela ahli keluarga anda
jadi peserta program haq bercampur batil ini?
anda rela?
Hari ini anda benci mungkar
agar esok anak-anak anda juga benci mungkar

IBNMUKHTAR

16 Jun 2009

No comments: