Munafik

munafik
orang yang berpura-pura beriman
munafik
orang yang di depan mukmin lain
di depan kuffar jadi lain
munafik
depan tok guru kata nak hudud
depan Amerika kata nak liberal
munafik
depan orang islam, dibuat tahfiz
depan syaitan mereka, dibuat disko
munafik
depan orang islam, kata nak dakwah
depan puak mereka, rupa nak duit mewah
munafik
drama mereka cakap nak islah
tapi berlakon langgar syariat Allah
munafik
dengan parti lawan cukup keras taqwa
dengan industri hiburan lembut lembik konon hikmah
munafik
berpilih-pilih medan untuk selera iman
tak ada pendirian nak jaga agama
yang ada nak jaga glamor
ego dan baran tak usah dikata
dia saja yang mulia, sampai dah jelas nyata
pendirian tak tetap, ikut audien ikut suasana


IBNMUKHTAR

19 Jun 2009

1 comment:

Abu Umar said...

assalamualaikum,

Puisi inipun saudara nak kata muhasabah pada diri sedara jugak ke..atau memang jelas tergambar seseorang dalam benak kepala saudara?

senang sungguh saudara label-labelkan orang munafiq ikut kepala otak saudara.

Ikut hukum kesimpulan zahir penulisan saudara, saya juga boleh simpulkan saudara ini menyimpan rasa hasad pada orang yang dimaksudkan itu kalo x banyak, skit..

tapi macam banyak je..

Kalau x betul saya minta maaf, saja gatal tangan nak tulis.

wassalam.