Adakah kritik buat kau jadi lebih baik?

kritik sana kritik sini
sana sini kritik tak henti-henti
adakah sudah apa yang kau kritik
tidak kau perbuat?
Lalu jika apa yang kau kritik
adalah apa yang kau perbuat jua
maka tidakkah kau mengkritik diri kau sendiri?

mengapa perlu jadikan kesalahan orang
sempadan buat dirimu?
adakah nanti kau juga mungkin
berbuat salah yang sama?
al quran mengajar akan manusia silam
sebagai sempadan buat manusia kini
kau wajib sempadankan dirimu
dengan kesilapan orang

kau keji kemungkaran orang
kau cela kezaliman orang
kau caci kekejian orang
apa yang kau dapat sesudahnya?
ketika kemungkaran terbuka
ketika kezaliman terbuka
ketika kekejian terbuka
terbuka jalan untuk kau perbuat
sanggupkah kau menelan
air ludahmu sendiri
pasti tidak!
rasanya tidak enak malah basi hanyir

kau tahu dunia pasti terbuka indah
di saat kau sudah menanam tekad
untuk serius menjadi pejuang agama
hari itu, adakah kau pilih dunia atau agama

tidakkah kau ingat ketika janjimu pada Allah
di malam yang sepi di bulan Ramadhan
ketika umurmu 15 tahun
apa yang kau katakan dan sebutkan?
kau tidak akan maafkan dirimu
jika kau bertukar dari jalan agama ke jalan syaitan

adakah kau ingat ketika tamat sekolahmu
ketika kau berumur 18 tahun
apa yang berlaku pada jalanmu?
jalan syaitan pernah kau jejak!
Dan kau tak maafkan dirimu hingga kini
syukur kau kembali pada tekad asalmu

tapi apa telah kau sumbang pada agamamu?
sudah cukup besar?
sudah cukup bagus?
sudah banyakkah pengorbananmu?
sudah banyakkah kau korbankan masa mudamu?
di saat pemuda pemudi bersuka ria
sudah banyakkah kau penuhkan akan kerisauan umat?
apa sumbangan encik mfr pada agama Allah?
adakah kritik buat kau jadi lebih baik?

IBN MUKHTAR

10 Ogos 2009

3 comments:

Anonymous said...

teruskan memberi peringatan....
dan selalulah selidiki diri agar anda tidak jatuh pula pada lembah kemegahan.....

abuyon said...

salam MFR,

Kata mesti,
kata

Berkata benar kalaupun pahit,
berkata benar kalau benar
benar

Salam taaruf dari saya,
abuyon
http://hijau-tinta.blogspot.com
http://abuyon.blogspot.com

Hero said...

kritik terus kritik,
usai stop terus kritik,
bila kau rasa dirimu betul
maka kau kritik,
bila orang rasa ideamu tak betul,
maka kau pula dikritik,
kritik kritik kritik,
tik tok tik tok tik,
jam pula terus berdetik,
sedang masa terus bergulir
selari jari laju mengetik,
sesenang mouse click menekan submit,
oh seronok dikau kritik,
seronok seronok seronok dahulu
kemudian sakit,
kritik kritik kritik,
hingga lupe selepas mati
kau pasti dibangkit,
di depan Tuhan kau pula diselidik
disumpah diseranah dikritik,
kritik kritik kritik,
di dunia kau gah mendabik,
di arasy kau terdampar lembik,
tak terdaya lagi kritik,
tiada hujah membalas balik,
segala kritikan duniamu
kelak diungkit-ungkit,
andai kritik2mu jelik
kau dicampak ke jurang sempit,
ke bahang sakit,
maka kau terjerit2 bertempik2,
kuat-kuatlah memekik,
banyak2lah kritik,
di tempat tidak ada medik,
cuma ada pesakit,
tidaklah pelik
setara apa yg kamu sudah kritik,
di dunia yg bertempoh pendek.

sekiAN, wassalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.