Kebenaran itu Kebenaran

Kebenaran itu kebenaran
sedaya upaya kau mengikat seorang
beberapa orang lagi akan muncul
perihal dirimu akan terserlah
makin ramai akan menyedari
kau tidak akan boleh lari

kebenaran itu kebenaran
kau takkan berjaya menyekatnya
akan diperlihatkan padamu
seorang demi seorang tidak bersetuju
nescaya waktu akan berlalu
akhirnya kau akan menyedari
egomu bukan sekadar ego
tapi keupayaan kau menyembunyi kesalahan
makin tumpul dengan berlarinya waktu

kebenaran itu kebenaran
baik yang cuba bersimpati mahu berlapik denganmu
akan merasa satu persatu
akan dzon dan amarah dalam hatimu
nescaya nanti mereka akan percaya
jatuhnya satu demi satu untuk kau tumbang
hanya kerana salah kau dalam kesalahan
akan menutup kebenaran

kebenaran itu kebenaran
yang salah mungkin cara penyampaian
namun tiada yang akan menolak kebenaran
tatkala terbuka hati tersimbah iman
kebenaran pasti tertegak
kau pasti berteriak
betapa kau sudah terlalu jauh menyelami
hingga kau lemas sendiri

IBN MUKHTAR

29 Ogos 2009

2 comments:

abuyon said...

salam MFR,

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya pakcik em ..
pinta anak-anakku ..hehe

mfrstudio said...

saya miskin