Tak Kalah Pada Payah

Hidup ini memang payah
Jika mewah sesenang manapun
tetap payah mencari tenang
Jika miskin sesusah manapun
lagi payah fikirkan masalah

Hidup berjuang tentu lebih payah
Mujahadah dan korban itu dituntut
Memberi kita, tak sekali meminta
kecuali harapan pada Allah Yang Esa
tak pernah mengira dalam susah payahnya

Hidup payah ini tak kalah
Apabila orang menyusahkan kita
menganiaya dan menzalimi kita
Kita kekal hadapi susah dengan petunjuk
kekal tabah dengan panduan
kekal muhasabah dan perbaiki masalah
dengan iman

Hidup payah dicerca orang
orang mengejek dan mengata kesusahan kita
biarlah, biarlah, biarlah
susah kita, yang hadapinya kita
orang melihat tidak tahu apa
biarlah,biarlah, biarlah
kita orang payah untuk kalah
tak kalah pada payah

IBN MUKHTAR
16 Ramadhan 1431

No comments: