Apa Itu CINTA?

Apa itu cinta?

Cinta adalah pengagungan padaNya

yang merasai betapa tiada upaya tanpaNya
yang mengharap belas ihsanNya
mengharap pengampunan akan dosa kita
mengharap bantuan dan petunjukNya
sentiasa rindu untuk mendampingiNya
sentiasa bimbang akan murkaNya
sentiasa mahu taat padaNya
tidak kira susah atau senang kita
tidak kira hujan atau panas melanda
tidak kira betapa perit dan pedih jalannya
tidak kira berapa kuat musuh hadapan kita

Cinta adalah mencintai yang dicintaiNya

terasa indah andai boleh mengikutinya
terasa bahagia andai menggenggam sunnahnya
terasa aman dan tenang menyampaikan ayatnya
berani dan bersemangat akan anjurannya
takut dan bimbang akan tegahannya
cuba berfikir sepertinya
cuba bertindak hikmah sepertinya
selawat dan salam atas junjungannya
menyambung perjuangannya jadi cita-cita sentiasa

Cinta adalah menggapai redha apa yang diredhaiNya

berbuat baik dan hormat atas kedua orang tua
bersantun berbicara, bersopan melayaninya
menggembira dan menyenangkan hati mereka
berdoa keampunan dan hidayah buat mereka
menjadi anak soleh yang sentiasa bertaubat
taubat nasuha

IBN MUKHTAR

7 syawal 1431

1 comment:

abuyon said...

Aduh, bagaimana mungkin dapat
dijelaskan cinta, kerana
ia adalah rasa!