aku dari jemaah yang mana?

"kau dari jemaah yang mana?"
aku dari jemaah yang mana?
"jika kau bukan dari mana-mana jemaah kau tidak berdakwah"
"jika kau bukan dari mana-mana jemaah kau tidak berjuang"
dengarkanlah jawapan ini wahai saudara
jemaahku jemaahmu
kita pegang pada tali yang satu
tali Allah bersatu padu membina ukhuwwah berteras akidah yang satu
aku menyanjung pemikiran Imam As Syafie
sifat dan ketabahannya mencari ilmu
hujjahnya menimbang situasi untuk menilai hukum yang tertentu
aku mengkagumi kekentalan jiwa Imam Al Ghazali
mencari redha Ilahi dalam beramal sehari-hari
hujjahnya menimbang kualiti amalan untuk persembah kepada Tuhan
aku ingin mencontohi hikmahnya Hassan Al Banna
berdakwah tanpa rasa jemu atau payah
tiada rasa malu demi membina kesatuan hati ikhwanul muslimin
aku ingin berjuang laksana Salahuddin Al ayyubi
keberaniannya hingga musuh menjadi gerun
namun hatinya tunduk penuh kehambaan di depan Tuhan
dan aku amat mencintai Rasululllah s.a.w
aku rindukan didikan baginda
aku mahu tergolong dalam golongan baginda
aku ingin bernaung dalam jemaah baginda
inilah jemaahku
pemimpinku rasulullah
guru-guruku para sahabat baginda
inilah jemaahku
tiada borang pendaftaran untuk memasuki jemaah ini
cukup syarat keyakinan penuh pada dua kalimah shahadah
inilah jemaahku
hidupku dalam jemaah ini perlu berkasih sayang sesama saudara
inilah jemaahku
menggunakan seluruh nikmat Allah demi memunculkan kekuatan umat
inilah jemaahku
tidak harap pada pangkat dan harta
perempuan mahupun kuasa
taat pada Allah dan taat pada Rasulullah
mengamankan dunia kerana setiap ahli jemaah adalah khalifah
memperbaiki kerosakan akibat tangan manusia durjana
yang lapar akan berisi
yang sakit akan diubati
yang merempat dapat berteduh
yang sesat kembali ke pangkal jalan
yang lalai segera beringat
yang lemah dibantu
yang sedih digembirakan
inilah jemaahku
aku menganggap seluruh saudaraku yang mengesakan Allah
yang taat akan rasulullah
adalah ahli jemaah ini jua
kerana itu aku merasakan jemaahku besar dan luas
untuk menunaikan tanggungjawab aku pada jemaah
aku berusaha menggunakan segala nikmat Allah
ini perjuanganku
mencari hikmah dalam berdakwah
mencari redha Allah dalam berjuang
dan inilah jemaahku
...ISLAM
(14 januari 2006 -Ibn Mukhtar)

No comments: