tidak ada kegagalan bagi insan berhati waja

rintihan saudaraku merata
pekikan,sengketa,buruk sangka
labelan berbolak antara kita
musuh dipandang mulia namun,
kita bimbang anak-anak meniru mereka!
dasar pemikiran kita berkecamuk
itulah punca bangunnya rasa
dari dalam hati sang kelana
memasang cita-membina
tamadun baru sejarah manusia
cita ini bermula dari ilmu yang diteroka
akhlak yang tinggi dibina
kerana sang kelana mengetahui
dunia mentertawa,
kerana tiada siapa percaya
apa yang dicari bukti cuma!
Nah,kan ku beri bukti yang diminta!
ku mantapkan kewanganku
langkah pertama membina empayar perniagaan
meliputi seluruh dunia,
bukan untung sangat yang dicari
tetapi biar tapaknya ada
berulah rangkaiannya merata
itulah MFR Company namanya
dalam bergerak rancangan terus dibina
musuh diluar memang cepat berasa
jika tiada persiapan merekakan jahanam habis semuanya
oleh itu pasti ku bina
pusat penyelidikan
bagi membina rahsia dunia
untuk berdepan mereka hanya,
senjata akan datang dicipta
jika diizinkan Allah,kita kan berjaya!!
setiap ciptaan mesti dirahsia
bila dah lengkap berfungsi
seakan-akan mengepung
mereka sendiri,
senjata berada di merata dunia
namun,mereka mencari tetap tak jumpa
senjata bukan seperti biasa
gunung,laut,langit,dan bumi
lokasi senjata seni
bersiap diguna jika diancam mereka!!
langkah kedua mencari tanah
sebelum dinyata kepada umum dunia
biar sebuah model negara dibina
tak perlu jajah mana-mana negara
hanya perlu tanah sebesar desa
dibuat bandar Islam pertama
bandar Islam bukan pada nama
mereka kan bertanya
apakah sebenar yang dikejar kita
sebuah syarikat dunia
membina bandar sebegitu rupa
kerana rahsia mesti dijaga
bila sudah bersedia
keluarkan semua ciptaan dahulu,
supaya semuanya gempar!!
musuh nanti kan datang memuji,
padahal mereka sebenarnya iri,
yahudi nasrani kan berpakat lagi,
tapi kini , kita bersedia
senjata yang dipasang,
kan diguna ketika diancam
pada mula mereka kan menghentam
sebab itu kita berjaga,
akhlak itu nombor pertama
hentaman itu kan ditepis mudah
kerana bukti nyata sudah
dahulu dunia sudah menyaksi
kita tak pernah merosakkan
kerana akhlak diakui!
mereka kan terus mencuba
menaikkan darah kita semua
tak dapat hancur semua
mereka kan tetap cederakan saudara kita
sebab itu, kekuatan saudara perlu dibina
sebelum sampai usaha mereka
kita perlu mudahkan saudara kita
pertama,miskin..kedua,ilmu
supaya saudara tak jadi api
yang memakan diri kita semua
lepas itu,mereka kan cuba
gunakan senjata rahsia mereka
mereka fikir kita tiada
padahal kita bersedia sebelum mereka
kerana itu senjata perlu dicipta
sebab kita tetapkan diserang
perkara itu sudah lumrah mereka
menghancurkan islam tujuan utama
berperanglah kita semahunya
tapi jangan melampaui batas
cukup melemahkan mereka
tak perlu hancur semua
musnah sahaja kemudahan mereka
tentera pula hanya ditawan
jangan sesekali banyak membunuh
sebab kita bukan mereka
kita ada matlamat utama
islam kan meninggi semula
..........................................
jadikan sejarah iktibar kita
kalahnya kita tak ada sepakat
biar kita bersatu hati
barulah kita kan kuat lagi
antara kita juga banyak sengketa
sebabnya pasal diri sendiri
tak tahu diri kita lemah sekali
akhirnya,terima sendiri
cara kafir ikutan kita
katanya diluar tak perlu dikata
hanya jaga dalam hati
benar sungguh kata mereka,
tapi yang muda bukan menyedari
dilihatnya Islam tak ada kehebatan
yang dilihat pada luarnya
yang didalam diremeh sahaja
sebab bila yang tua meninggal
yang muda tak nampak apa kepentingan
sebab itu diikut cara mereka
akhirnya rosak umat sendiri!!
memang ada umat kita
yang rasa cintakan islam
namun tak ada rancangan teliti
akhirnya buruk islam sendiri
diingat di sini wahai manusia
Islam bukan sahaja dihati
dilidah juga anggota
itulah iman nama diberi,
tak ada Iman yang sederhana,
ekstrim atau melampau
Iman itu satu sahaja
membina Islam yang satu juga
apakah kamu fikir islam itu berjenis-jenis?
ada kata ikut sunnah tinggi
akhlaknya,semua syariah dipatuh jua
namun tak ada usaha bersama
mempertahankan Islam jangan dinoda
bina kekuatan ilmu dan ekonomi,
semuanya malas nak usaha,
akhirnya disebut tolak pembangunan
mereka digelar pelampau islam
ada kata ilmu itu penting
ekonomi juga amat utama
dibina bangsa berjaya
tapi asasnya langsung tak ada
tinggal sembahyang tak apa sahaja
aurat pula langsung tak jaga
bangsanya pula nak seronok sahaja
akhirnya wujud bermacam masalah
gejala sosial berleluasa pula
ustaz,sheikh,semua pening kepala
mereka ini golongan sederhana?
apakah bodoh siapa yang berkata
kisah pelampau dan golongan sederhana
padahal semua tak sedar juga
keduanya itu golongan yang lemah
ikut sebahagian tinggal sebahagian
tak ada langsung satu kesatuan
inilah dia politik dunia
masing-masing ada saja kepentingan
yang pertama jua yang kedua
biarkan generasi tua begitu
generasi muda jangan dimangsa
kamu ada tugas wahai generasi muda
baiki semula pemikiran kita!

(puisi diatas adalah antara puisi yang terpanjang pernah dihasilkan oleh IBN MUKHTAR yang juga menjadi puisi teras dalam menyatakan pendirian dari segi perjuangan,cita-cita,dan pemikiran politiknya-6 Disember 2001)

No comments: