Aku tak macam lelaki

Kawanku kata
Aku tak macam lelaki

Bukan sebab aku lembut
Muka jambu apatahlagi

Tapi sebab aku tak ambil kisah
Siapa menang Man U kah Chelsea

Kawanku kata
Aku tak macam lelaki

Hanya sebab aku tak reti main game
Tak reti tackle awek atau gadis sunti

Tak gila kereta tak gila motor
Tak merokok tak juga berjoli

Aku kata aku memang tak macam lelaki
yang begitu begini

Cuma aku kata padanya
Kau pun tak macam lelaki
sebab tak pergi masjid berjemaah
solat di rumah saja seorang diri.

IBN MUKHTAR
(9 Mei 2011)




3 comments:

Syabab Musafir Kasih said...

Ko reti main game Chess.

mfrstudio said...

semua puisi di sini adalah percuma 200%.

Anonymous said...

best!