Mengganggu Kamu

aku ini pengganggu saja
mengacau dan menyerabut kepala
buat rasa runsing gelisah
tak selesa
itu aku pengganggu
mengganggu kamu

aku ini kalau boleh
ingin saja jadi penyumbang
buat semua berasa tenang
gembira dan bahagia
berasa selesa
itu aku mahu
mendamai kamu

tapi hakikatnya dalam diriku
ada hitam-hitam bertompok di hati
yang buat aku gelojoh dan rakus
rasa terburu-buru bertindak
menghambur itu dan ini
menghempas lepas nafsu
itu aku diganggu
menjadi pengganggu kamu

adapun hal itu boleh
direndam dan pendam
dibasuh cuci bersih putih
mengingati akan hakikat Tuhan
menginsafi akan hakikat hamba
asal saja diganggu hasutan
bertindak ikut iman
semua akan damai tenteram
kecuali mereka yang juga hitam hatinya
memang terganggu dengan kebenaran.

IBN MUKHTAR
8 September 2011

1 comment:

naDhi_islamiC said...

salam nice !
visit mine on puisi cinta buat akhi at http://nadhiislamic.blogspot.com/