Menghina Diri

Diri yang menghina
atas kehinaan perbuatan
atas kesilapan disengajakan
atas kerendahan fikiran
taakulan pertimbangan
membuat diri terasa hina
kehinaan

Bolehkah kita menghina
diri sendiri
atas perbuatan yang menghina
penyesalan terasa kehinaan
menyalahkan diri buat kelemahan
yang tak mampu dimaafkan
akan diri yang memaafkan

Kita
ini
hanya
boleh
terasa
hina
di hadapan Allah

bertaubatlah atas penghinaan
kehinaan terhina dan menghina
buat diri yang benar-benar
mahu
menyucikan

mohon maaf dan memaafkan
terpulang buat sesiapa untuk
memberi maaf
kerana hati tetap terus ingin
bertaubat atas kesilapan
kesalahan dan keterlanjuran

sucikanlah diri dari penghinaan
untuk menghadap Allah Yang Maha Suci.


IBN MUKHTAR
3 November 2011

No comments: