Lelaki Suami

Lelaki
Pandai sungguh bermanis kata
Yang penting bukan puisimu
Lebih penting mana usahamu

Lelaki bukan kelas pertama
Kalau tak kawal marahnya
Jangan suka menghina
Padahal kita hamba Allah semuanya

Jangan sunyi bila seorang
Kawal nafsu dan malulah pada Allah setiap masa

Santuni dan hargai jangan perempuan sahaja
Santuni dan hargai saudara lelakimu jua

Lelaki jadi suami bukan kuli bergaji
Disuruh beli itu dan ini
Tawadhuk dan tunduklah nafsumu
Beli saja yang perlu

Perempuan itu mulia
selagi taat pada suaminya
Lelaki itu mulia
selagi soleh dan adil pimpinnya

Jangan masa baru kahwin
Isteri puji suami pemimpin adil
Tapi bila suami minta poligami
Isteri kata "laki aku tak pernah adil"

Isteri taat bila penting agama dari cinta
Suami adil bila buat apa pun niat kerana agama

Suami isteri bahagia bawa ke syurga
Bila kaki tak taruk ke muka
Bila pinggan mangkuk tak terbang semuanya

IBN MUKHTAR.
13 Sept 2012

No comments: