TOLAK ASOBIYYAH

TOLAK ASOBIYYAH

Asobiyyah itu ertinya
kau bantu kezaliman kaummu.
Kaummu menghina kaum lain itu ZALIM.
Hina sangatkah menjadi seorang bangla,
menjadi seorang indon, menjadi warga
asing di bumi Malaysia,
menghina kaum selain kau,
mentertawakan mereka,
itu ZALIM.

Berterusan membantu kezaliman kaummu,
itu ASOBIYYAH.
Tolak Asobiyyah,
Tolak sungguh-sungguh.

Jika menghina kaum warga asing
itu ZALIM,
maka menghina kaum yang ada di negaramu,
lebih lagi ZALIM.

Hebat Allah jadikan kita
Melayu,Cina,India,Iban,Kadazan,Orang Asli
atau apa saja nama kaum dan etnikmu,
punya kelemahan dan kekurangan,
percayalah!
Kita punya kelemahan dan kekurangan,
untuk saling melengkapi,
percayalah!
Nescaya apabila kita bersaudara,
kita mampu mencipta jaya tamadun hebat berdiri megah,
percayalah!

Bantu-membantu atas kebajikan, itu ADIL.
Bantu-membantu atas kezaliman, itu ASOBIYYAH.

Jika kaummu sudah Islam tapi jauh dari agama,
peringatkanlah mereka!
Itu ADIL.

Jika kau hanya membiarkan saja kejahilan melata,
itu ZALIM, itu ASOBIYYAH.

Jika kaummu belum Islam dan tak kenali Islam,
ajarilah mereka, tonjolkan buat mereka, seru dan ajak mereka!
Itu ADIL.

JIka kau hanya tersenyum dengan kekafiran mereka,
malah kau hina "kafir!kafir!kafir!"
padahal kau langsung tak menyeru apa itu IMAN,
itu ZALIM, itu ASOBIYYAH.

Menolak kezaliman bukan sekadar tolak rasuah,
tolak buruk akhlak, tolak diskriminasi.
Menolak ASOBIYYAH juga menolak kezaliman.
Daulah Islam itu daulah yang menolak Asobiyyah.
Bak kata An Nadwi, Daulah Islam adalah Daulah Hidayah.
Sebarkan dakwah, sebarkan rahmat Allah.
Itu ADIL. Menghalang dakwah itu ZALIM.
Membantu kaummu menghalang dakwah itu ZALIM,
menghalang Daulah Islam itu ZALIM,
mentertawakan cita-cita Khilafah Islamiyah itu ZALIM,
memperlekeh cita-cita menyatu umat itu ZALIM,
membiarkan sekularis,liberalis, pluralis menang atas Islamis itu ZALIM,
memfitnah kumpulan lain padahal kau tak ada bukti
dan main percaya tahi kumpulanmu itu tersangatlah ZALIM,
itu ASOBIYYAH.

Tolaklah ASOBIYYAH sungguh-sungguh,
asobiyyah negaramu, kaummu, partimu, kumpulanmu,
asobiyyah SYAITANmu,
tolaklah!

Sungguh-sungguh!

IBN MUKHTAR
30 April 2013

No comments: