CAKAP ITU PENTING, TAPI BUAT ITU LEBIH PENTING

CAKAP ITU PENTING, TAPI BUAT ITU LEBIH PENTING

Kalau tak cakap, tak tahu
Dah cakap, tak nak dengar
Cakap lagi, jadi gaduh
Cakap itu penting
Tapi buat itu lebih penting.

Banyak cakap, kurang buat,
Cakap jadi penat.
Banyak buat, kurang cakap,
Buat jadi cepat.

Banyak cakap sambil buat,
Jadi kecoh, jadi bising
Cakap jadi tak betul,
Buat tak menjadi pula.

Sungguh.
Cakap itu penting,
tapi buat itu lebih penting.

Cakap apa yang tak buat,
itu dusta
Buat tak serupa cakap,
itu nifaq

Kurangkan cakap, lebihkan buat.
Cakap selepas siap buat.
Cakap hanya apa yang sepatutnya dibuat.
Cakap hanya yang baik-baik.
Cakap hanya yang perlu.
Buat hanya yang sepatutnya dibuat.
Buat hanya yang baik-baik.
Buat hanya yang perlu.

Buat-buat cakap, tak perlu.
Cakap-cakap buat, bila nak buat?

IBN MUKHTAR
14 Mei 2013

No comments: