KALI INILAH 150 JUTA

KALI INILAH 150 JUTA

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa BN menang tapi hanya dapat undi 5.2 juta?
Sedangkan PR dapat undi 5.6 juta?

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua aku sebut satu per satu
Kalau kita tambah undi BN dan PR kita dapat 10.8 juta,
Sedangkan rakyat Malaysia jumlahnya kini 28 juta.
Baik BN mahupun PR tetap kalah undi,
dengan 17.2 juta rakyat yang tak mengundi keduanya.
Jika begitu, siapa yang sepatutnya menang?
Rakyat yang tak mengundilah kiranya.

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Kalau kita taksub dengan angka majoriti
Maka kebenaran tetap kalah dalam demokrasi

Bukankah Allah s.w.t berfirman
dalam Surah al An'am ayat 116
Dan jika kamu menuruti
kebanyakan orang di muka bumi ini
Nescaya mereka akan
menyesatkanmu dari jalan Allah

Renung juga apa sabda Nabi s.a.w
dari Tsauban riwayat Abu Daud,
Akan datang nanti umat
berkerumun ke atas kalian,
seperti kerumun orang yang makan
pada satu pinggan.
Sahabat tanya,
apakah jumlah kami sedikit?
Nabi s.a.w malah jawab,
jumlah kamu pada saat itu ramai.
Tapi yang ramai itu laksana buih-buih di lautan,
Allah cabut rasa gerun musuh pada kamu,
dan timpakan pada kamu penyakit Al Wahn.
Lalu sahabat tanya, apa itu al Wahn?
Baginda jawab, itulah Cinta Dunia Takutkan Mati

Dah lebih seratus lima puluh jutanya,
Dipesankan Islam itu bermula asing,
Dan ia kembali asing sepertimana ia bermula,
Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu.
Disebut dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim,
diperlihatkan pada Nabi s.a.w umat-umat manusia,
ada Nabi yang punya seorang pengikut,
ada pula Nabi yang punya dua orang pengikut,
ada pula yang mempunyai beberapa orang pengikut,
ada juga Nabi yang tidak punya pengikut pun.

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Masih ada orang rasa bilangan majoriti itu kebenaran
atau rasa bila menang pilihanraya itu adalah kemenangan.
Malah, bila dapat kumpul 150 juta di stadium itu kegembiraan?
Kebenaran itu tetap kebenaran
walaupun bilangan yang mengikut itu tak sampai satu barisan.
Walau kita kalah dalam pilihanraya,
kebenaran tak pernah dikalahkan.
Walau tak ada 150 juta pengikut dan kawan,
berjemaah itu tetap kegembiraan.
Kegembiraan kemenangan itu
istiqamah memperjuangkan kebenaran.

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Jika orang tak mahu dengar,
Tak peduli pada Allah Yang Esa.

IBN MUKHTAR
(150 juta adalah puisi asal Fynn Jamal)
19 Mei 2013

No comments: