RASISME ITU TAKBUR SOMBONG

RASISME ITU TAKBUR SOMBONG

Orang bertanya padaku
"Apa itu Rasisme?"
Jawabku ringkas,
"Rasisme itu Takbur Sombong"

Sungguh, setiap manusia itu lemah,
setiap kaum dan keturunan itu
mungkin punya kelebihan tertentu
yang dikurniakan oleh Allah,
namun ia untuk digabung dan dijalin
bersama, bersaudara dan bekerjasama.

Manifestasi untuk saling
bergantungan.

Sungguh setiap manusia itu
mungkin ada kelebihan,
namun banyak sekali kelemahan.

Sungguh kita manusia ini lemah!
Kekuatan datang dari Allah!

Maka, untuk apa menjadi rasisme?
Tidak lain untuk takbur sombong!

Nak sombong sampai ke mana?
Baca Al Isra ayat 37
Kamu tak bisa menembusi bumi
tidak sesekali kamu akan
setinggi gunung.

Masih juga nak menyombong?
Baca riwayat al Bazzar,
Kamu akan dikumpul di hari kiamat,
dalam bentuk semut kecil,
dan dipijak oleh manusia,
betapa hinanya orang sombong di sisi Allah!

Baca juga riwayat Muslim,
tidak akan masuk ke syurga
jika ada sebesar biji sawi kesombongan,
apatah lagi dalam diri penuh
rasisme!
Itu takbur sombong yang penuh!
Apakah masih mengharap syurga?

Orang bertanya padaku,
"Apakah solusi untuk menghindar rasisme?"
Jawabku ringkas,
"tawadhuklah"

Ingatlah sebuah hadis riwayat Muslim,
"Tidak ada seorang pun yang bertawadhuk
kerana Allah,
kecuali Allah
akan meninggikan darjatnya"
Sungguh.

Makin kau mahu bangsamu berdarjat
jadilah bangsa yang tawadhuk.
Jadi sungguh-sungguh Tawadhuk,
Merendah Diri,
Kata-kata yang baik,
yang selamat dan menenangkan.

Ingatlah surah Al Furqan ayat 63,
"Dan hamba Allah Yang Maha Penyayang itu,
ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi,
dengan rendah hati,
dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka,
mereka mengucapkan kata-kata yang baik"
salam, salam, salam.

Rasisme itu Takbur Sombong,
Ubatnya Tawadhuklah.

IBN MUKHTAR
1 Mei 2013

No comments: