Isteriku

Isteriku,
kau hadiah dari Tuhanku,
sebuah keindahan buat hidupku,
menjadi tulang belakang buat semangatku,
kau yang aku sayangi,
yang aku ingin lindungi,
yang menjadi hidupku lebih bermakna,
yang takkan aku sanggup menjadi sia-sia,
takkan sanggup melihat kau derita,
takkan sanggup lihat kau penat dan susah,
keranaku,
atas kelemahanku,
atas kekuranganku,
beriku masa,
untuk perbaiki dan permudahkan hidupmu,
untuk bahagiakanmu,
jika tak di dunia,
aku harap Allah sediakan untukmu sebuah syurga,
aku mohon dan doa akannya selalu,
kerana aku sedar Allah jua yang Maha Mampu Segala.

IBN MUKHTAR
14 Ramadhan 1434H

No comments: