WANGINYA UKHUWWAH

Bajuku tak wangi pakai berjalan
Berjalan bertemu teman dan kawan
Tiap kali bersalam orang, dihulur wangian
Disapu merata tangan dan badan

Walaupun mulanya baju tak wangi
Menjadi wangi dari wangian saudara yang ditemui
Begitu ukhuwwah islamiyah sifatnya bersemi
Berpadu kita, yang lemah dan kurang, dapat diperbaiki

1 Syawal hari perpaduan umat
Menyeru kesatuan dapat diucap untuk disemat
Takkan diejek geng UG/tali barut musuh dengan selamat
Apabila kita mengajak umat bersepakat
Umat Sepakat Islam Berdaulat

IBN MUKHTAR
2 Syawal 1434H

No comments: